1) Bahan bacaan perpustakaan
Pada setiap hari Jumaat, pelajar akan diberi satu beg oren yang berisi buku cerita dari perpustakaan awam. Ibu bapa dikehendakki membacakan dan berkongsi cerita tersebut dengan anak. Untuk anak 4 tahun tidak perlu membaca ayat demi ayat. Ibu bapa boleh menceritakan mengikut kreativiti masing-masing dan menandatangan borang yang diberikan. Anak kemudian akan berkongsi cerita tersebut di dalam kelas kepada kawan-kawan.
2) Hari Isnin dah Jumaat adalah hari makan buah
Pada hari Jumaat, pelajar dikehendakki membawa bekal dan ianya mestilah hanya buah. Oleh kerana tempoh belajar hanya 2 jam pada hari Jumaat, jadi pelajar hanya diberikan snek ringat. Dari sini, pelajar akan mengenal jenis buah-buhan dan cuba belajar suka makan buah yang baru.
3) Pelajar akan diberi peluang membawa pulang binatanng belaan kelas (labi, ikan)
Fateh telah diberi peluang untuk membawa pulang pet kelasnya, a terrapin name "ilbia". Tujuan utama adalah untuk mendidik perasaan kasih sayang kepada haiwan.
4) Lawatan sekolah ditukarkan kepada aktiviti kebajikan
Lawatan ke zoo dan kilang ditukarkan kepada aktiviti amal. Pelajar diberi peluang untuk menyampaikan sumbangan kepada golongan yang memerlukan. Aktiviti ini dapat mengeratkan hubungan sekolah dan ibu bapa yang memberi sumbangan.
5) Pengetua sekolah akan sediakan nota kepada ibu bapa (cara komunikasi)-Parents who cares
Nota ini merupan satu cara yang baik untuk mendapat perhatian ibu bapa ke atas prestasi anak-anak