Wednesday, November 16, 2022

Saya bersyukur untuk yang lambat, untuk yang silap

 Saya merupakan penghidap Hepatitis B. Saya dapat dari ibu saya dari proses kelahiran. Namun, kuman di hati saya tidur dan tidak aktif. Kesan dari Hepatitis B ni saya tak boleh derma darah dan tak boleh makan suplemen atau jamu selain dari ubat dari hospital. Ini kerana ubat-ubat tambahan tersebut boleh menyebabkan hati saya bekerja lebih keras. Selain itu, setiap 6 bulan, saya perlu lakukan rawatan susulan bagi melihat keadaan hati saya, sama ada kuman sudah “bangun dari tidur” atau keadaan hati yang membengkak.

Tugas hati yang utama adalah untuk menapis bahan-bahan toksik dalam badan. Sekiranya tidak memantau tahap kesihatan dan keadaan hati, hati boleh membengkak iaitu dikenali sebagai Hepatitis C. Proses pemantauan amnya melibatkan proses mengambil darah untuk melihat kandungan kuman dan ultrasound scan. Namun kali ini Dr nak buat proses gastroscopy, prosedur untuk memeriksa kerongkongan, perut dan permulaan usus kecil dengan menggunakan alat yang disebut gastroskop. Gastroskop mempunyai tiub panjang, nipis dan fleksibel yang mempunyai sistem kamera dengan keupayaan untuk melakukan prosedur seperti biopsy (pengambilan sel) di dalam perut. Proses tersebut dimulakan dengan sedation (ubat pelali) dimana pesakit ditidurkan untuk memudahkan proses dilakukan. Keseluruhan proses mengambil tempoh selama lebih kurang 2 hingga 3 jam sehingga selesai pesakit bangun dari tidur. Pesakit tidak dibenarkan untuk pulang sendirian, tetapi hendaklah ditemani oleh waris kerana kesan ubat tidur yang diberi.

Pada hari temujanji, saya diarahkan untuk berpuasa selama 8 jam sebelum prosedur dilakukan. Saya akur, namun pada pagi tersebut saya terminum air kopi kerana sudah menjadi habit untuk minum kopi setiap pagi. Maka, pemeriksaan saya dibatalkan pada hari tersebut. Saya meneruskan dengan proses pemeriksaan yang biasa iaitu ultrasound. Keadaan hati saya normal dan tiada kesan-kesan bengkak.

Pada hari saya dijadual semual untuk proses gastroscopy saya gak terlamabt dan mendapat nombor selepas beberapa pesakit yang lain. Saya agak terkilan kerana saya hanya lewat untuk beberapa saat. Namun, oleh kerana di hadapan saya ada pesakit-pesakit yang lain, saya sempat bertanya dan mendengar punca kenapa mereka melakukan proses gastroscopy tersebut. Kebanyakan mereka mempunyai masalah dalam perut dan mengalami simpton-simpton seperti kembung dan sakit hulu hati. Perbualan tersebut menyebabkan saya tertanya-tanya, kenapa saya perlu melakukan proseduR ini? Saya terus bergegas bertanyakan pegawai yang terlibat dan diutarakan kepada Doktor. Setelah menyemak Kembali rekod ultrasound dan pengambilan darah saya, maka saya tidak perlu untuk melakukan proses gastroscopy kerana hati saya berkenaan normal.

Wahh lihat kerana kesilapan saya minum kopi dan kelewatan saya menyebabkan saya tidak perlu melalui proses yang agak rumit tersebut. Namun, pengalaman memakai gaun dewan bedah tidak mungkin saya lupakan.

Maka selepas ini jika anda tersilap, terlupa atau terlewat, tenang je..lepaskan semuanya kepada Allah yang Maha mengatur..Yakin Allah sentiasa dekat dengan kita..Lihat semua adalah caturan Allah yang terbaik..anda mungkin sedang diselamatkan dari sesuatu..=D