Monday, November 7, 2011

Makna ketenangan

Ketenangan, satu kalimah yang semua orang cari. Kayalah sekaya mana pun, kalau hati tidak tenang segala harta seperti tidak bermakna. Berkahwinlah dengan lelaki/perempuan idaman mana sekalipun, kalau jiwa tidak senang maka segalanya seperti sia-sia. Belajarlah setinggi mana sekalipun, tapi segulung ijazah bagai tiada erti kalau rasa gundah gulana di jiwa, Persoalannya, di manakah hendak kita jumpai ketenangan ini.

Saya pernah utarakan persoalan ini kepada seorang sahabat. Jawapannya mudah namun terkesan di hati. Katanya, “Sekiranya hidup ini rasa tidak bermakna, mencari-cari makna kebahagian dan ketenangan, maknaya kita masih kurang bercinta dengan Allah”. Bila disebut perkataan cinta, hampir bersembur air yang baru saya minum. Perkataan cinta memang sinonim dalam masyarakat kita. Kalau kita katakan pasangan yang sedang bercinta itu, semuanya indah belaka. Dek kerana teringatkan kekasih seorang, segalan-galanya terabai. Bak kata orang, mandi tak basah, makan tak lalu, tidur tak lena. Begitulah keadaannya kalau kita kaitkan cinta kita dengan Allah. Tak kisahla apa yang berlaku di sekeliling, hanya dengan adanya Allah, semuanya beres. Orang yang punya Allah dekat di hatinya, tak akan takut dengan yang lain dan akan meletakkan segala urusan dunia denga niat mencari redha Allah.

Kita ambil contoh mudah, kalau kita cintakan kekasih kita, apa yang dia katakan akan kita ikut. Setiap kali hendak berjumpa, hati berdebar-debar tak sabar rasanya nak berjumpa. Persiapan nak berjumpa kekasih sangat rapi seperti hendak berjumpa dengan raja. Macam mana pula kalau kita hendak berjumpa dengan raja sekalian makhluk. Pastilah cintaNya itu berkali kali ganda hebatnya. SuruhanNya bukan setakat dituruti malah setiap perbuatan dijaga agar tidak dimurkai Allah. Kita ambil contoh amalan harian kita, cara kita berpakaian. Adakah Allah redha dengan cara kamu berpakaian??Adakah Allah redha dengan cara kamu bekerja?? Tepuk dada, tanya iman. Untuk mendapat cinta Allah, kita kena dahulukan Allah dalam semua aspek. Sebelum hendak membuat apa-apa pun, fikir dahulu sebelum bertindak. Kita sering dengar kempen ini di kaca televisyen mengenai langkah-langkah keselamatan di jalan raya. Itu semua langkah untuk kita selamat di dunia. Macam mana pula jaminan kita hendak selamat di akhirat.

Bercakap mengenai cinta Allah ini, panjang ceritanya. Hendak menambat hati seseorang pun memakan masanya. Apatah lagi cinta teragung kita. Punca lain susah mendapat ketenangan adalah maksiat yang telah kita lakukan. Dosa –dosa kecil yang apabila biasa dibuat akan menjadi dosa besar yang akan bertapak di hati kita. Kalau hati dah hitam, mudahkah kita hendak menerima suruhan Allah? Pastinya payah. Dan sesungguhnya, mereka yang bersolat, membaca al-quran, bersedekah, tetapi masih lagi juga melakukan maksiat kepadaNya, tetap tidak akan mampu meraih ketenangan jiwa kerana dosa ibarat titik hitam di dalam hati, dan dosa akan memberikan rasa tidak senang ke dalam diri. Buat kebaikan, dosa itu terpadam, namun buat lagi dosa, bintik hitam muncul semula membawa kelam.

Maka kita, yang mempunyai hati-hati dan jiwa-jiwa yang gelisah ini, kita memandang semula ke dalam kehidupan kita. Di saat kita membaca artikel ini, sudah berapakah umur kita?? Tanya diri, kita isi kehidupan dengan apa? Ketaatan kepadaNya? Atau kemaksiatan yang bermaharaja lela? Kita tanya diri kita sampai bilakah kita hendak hidup penuh dosa dengan jiwa yang tidak tenang dan senang?

“Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Qur’an) yang diturunka( kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang yang fasik-derhaka”. Surah Al-Hadid ayat 16.

Maka solusi ketenangan hati yang utama adalah mendekati Ilahi dan menjauhi laranganNya. Cara mendekati ilahi adalah dengan melakukan amal-amal kebajikan yang diarahkanNya, dengan benar-benar ikhlas dan sentiasa mendahulukan Allah dalam semua perkara. Mulai saat ini, marilah kita sama-sama munasabah. Mencari ketenangan jiwa agar diri menjadi gagah.

"Ketahuilah dengan mengingati Allah itu, hati-hati akan menjadi tenang." Surah Ar-Ra'd ayat 28.


Tuesday, November 1, 2011

Sabar dalam bersabar

SABARLAH DALAM BERSABAR..

As- Sobur , Zat Yang Maha Penyabar adalah Asma ul Husna Allah yang terakhir. Sifat Allah yang agung dan mulia ini menyimpan sejuta satu fadhilat dan khasiat untuk kita ambil sebagai panduan dalam melayari kehidupan. Bayangkanlah Tuhan pemilik seluruh alam yang memiliki seluruh sifat kesempurnan itu pun masih memiliki sifat Maha Penyabar. Bagaimana pula dengan diri kita ini yang serba kekurangan dan serba bergantung kepada Tuhan? Berbicara mengenai sabar mudah, memahaminya mungkin agak sukar dan mengamalkannya pula pasti tidak semudah yang dibicara dan yang difahami. Namun kita ada Dia yang selalu dekat dan amat dekat sebenarnya dalam hidup kita. Dan yang pasti, untuk lebih dekat kepada Nya, Allah turunkan mehnah (ujian) kepada kita. Sabar dan mehnah (ujian) dari Allah juga sangat dekat antara satu sama lain..

Apakah kita sebenarrnya mengerti akan apa yang dikatakan dengan sabar? Sabar itu adalah tidak berkeluh kesah dengan lidah dan tidak berbuat sesuatu yang tercela dengan anggota lantaran sakit dan pedihnya diuji Allah. Tidak cukup bersabar diri kita jika kita hanya mampu menahan dari berbuat yang tercela namun di hati masih lagi hadir keluh dan kesah.

Allah sesungguhnya tidak zalim, malah Dia lah yang Maha Pengasih dan Penyayang kepada hamba Nya yang mengatasi jauh dari kasihnya seorang ibu terhadap anaknya. Memetik firman Nya dari surah Al Baqarah ayat 45 dan 46 yang bermaksud,”Dan mintalah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat kecuali bagi orang yang kusyuk. (Iaitu) orang yang yakin bahawa mereka akan menemui Tuhannya dan mereka akan kembali kepada Nya”.

Bukankan kita percaya pada Allah, oleh itu bukankah kita juga perlu yakin pada setiap ujian Nya? Kerana kasih dan kerana sayanglah kita diuji. Berat atau buruk sesuatu ujian itu, hanyalah pada pandangan dan amatan manusia, manusia yang ilmunya tidak setanding dan sebanding dengan ilmu Allah. Tiada yang sia- sia dari Tuhan dan tidak ada yang buruk pada setiap ciptaan dan takdir Nya. Binalah keyakinan, suburkanlah ketabahan dan panjatkan rasa syukur pada setiap ujian dan takdir Allah. Fahamilah apa itu hikmah dan apa itu pengajaran.

Rasullullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Tidak ada seorang pun yang mendengar sesuatu yang menyakitikan lebih sabar dari Allah. Dia telah disekutukan dan dianggap memiliki anak, tetapi Dia membiarkan dan memberi mereka rezeki”. (Riwayat Ahmad daripada Abu Musa al- Ash’ari). Tidakkah luluh hati kita mendengarkan dengan mata hati akan hadis ini bahawa betapa sabarnya sang Maha Penyabar ini? Tidakkah kita malu apabila mudah melenting, kecewa dan kadang kala marah dan mempersoalkan ujian Allah?

Allah menyebut mengenai sabar lebih dari 90 tempat di dalam al Quran dan pastinya sifat ini amatlah dititikberatkan oleh Nya. Tanpa sabar, tidak ada kejayaan di dunia mahupun akhirat. Sabar itu ganjarannya syurga. Dengan keyakinan itu, penderitaan yang sedikit dan sementara di dunia mampu dihadapi kerana mengharapkan kenikmatan yang lebih baik dan kekal di syurga. Oleh itu, berlapang dada dan bersangka baiklah pada ujian Allah.

Allah tidak menguji lebih dari apa yang termampunya kita. Itu janji Nya dan orang Mukmin itu tinggi sifat sabarnya. Ambillah pengajaran dan hikmah dari rasul Ulul Azmi kerana mereka memliki ketabahan dan kekuatan yang luar biasa apabila diuji demi agama suci ini. Nabi Nuh sebagai contoh telah berdakwah hampir seribu tahun, namun pengikutnya hanyalah dikatakan sekitar 80 orang, namun Baginda tetap sabar dan yakin dalam menghadapi ujian Allah.

Di dalam surah Ali Imran, ayat ke 200, Allah befirman yang maksudnya “Wahai orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran mu serta tetaplah bersiap- siaga (diperbatasan negerimu) di samping bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung.”

Bermuhasabah diri adalah lebih dituntut dari kita terus- terusan mempersoalkan mengapa dan kenapa ujian itu diturunkan kepada kita. Apa agaknya yang mungkin masih kurang pada amal dan iman kita sehingga Allah timpakan ujian itu sebagai peringatan kepada kita. Bukankah itu lebih ‘padan’ dengan darjat kita yang hanya sebagai hamba Nya ini.

Allah telah mengingatkan manusia tentang ujian-ujian yang bakal dilalui seperti di dalam surah Al-‘Ankabut, ayat 2, “ Apakah manusia mengira mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “Kami telah beriman, dan mereka tidak dijuji?”. Ujian itu penebus dosa, sebagai hadiah untuk ditingkatkan Nya iman kita dan ditambah pahala dari Nya. Sesuai dengan firman Allah, “Dan orang yang bersabar dalam musibah, penderitaan dan dalam peperangan, mereka itulah orang yang benar imannya dan mereka itulah orang yang bertaqwa. (surah Al- Baqarah, ayat 177)

Sebagaimana kita diajarkan untuk bersyukur ketika diberi nikmat, samalah jua halnya untuk kita bersabar ketika diuji Allah. Sabarlah ketika diuji.syukurlah ketika diberi nikmat. Dan sesungguhnya bersabar itu akan diganjari pahala. “Sesungguhnya orang yang bersabar sahaja akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira” (surah Al- Zumar, ayat 10).

Nikmat Allah itu pelbagai bentuk, rupa dan rasa, namun ianya hanya akan benar- benar nikmat apabila disyukuri. Begitu jualah halnya dengan ujian, ianya akan lebih berpahala dan bererti apabila dihadapi dengan penuh kesabaran.

Tenangkan hati selalu dengan zikrullah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang. (Surah Ar-Ra’d, ayat 28). Bisikkan pada diri kita, bersabarlah hati, tenanglah jiwa..sesungguhnya jalan mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis.

Sebagai penguat semangat dalam menghadapi ujian hidup kita yang kadang kala cukup meragut ketenangan dan kesabaran, ingatlah akan sabda Rasulullah yang bermaksud “Dan solat itu laksana sinar rembulan, sedekah itu bukti keimanan, sedangkan sabar itu laksana sinar matahari” (Riwayat Muslim). Oleh itu ayuhlah wahai saudara ku sekalian untuk kita sinari liku- liku kehidupan ini dengan indahnya sinaran sabar. Oleh itu, sabarlah dalam bersabar..

Terjemahan Al Quran Al Karim (Rasm Uthmani), Dalam Bahasa Melayu, 2010, Edisi Pertama, Al- Hidayah House of Quran Sdn. Bhd

Solusi, Isu 31, Sabar Itu Indah, 2011, Telaga Biru Sdn. Bhd

http://genta-rasa.com/

Friday, October 28, 2011

Yang auta dan fakta ttg India..

Auta.

1) Ada org kata India ini kotor, orgnya kencing di tepi jalan, tandasnya kotor dan bandarnya sgt tercemar..ye ada yg betul d nada yg slh..yg slh adalh tandsnya sama shj mcm di Malaysia, basah melekit dn agak berbua..pertam, mgkin kern factor cuaca, dn kedua krn faktor penduduk mereka juga menggunakan air utk membersihkan diri.

2) Penduduk India tdklah smuanya pengotor. Mereka mandi dan kencing d tepi jalan adalah kerana faktor kesusahan hidup mereka. Tiada tempat tinggal dn tiada duit utk msuk ke tndas awam yg umumnya berbayar. Penduduk India sgt mesra, suka tersenyum dan memuji org..sy dipuji kerana mempunyai senyuman yg cantik. Saya tk pernah dipuji mcm tu di Malaysia.


Fakta

4) Cuaca di New Delhi pd musin panas amnya mmg berhabuk, panas yg teramat, jerebu dan kering. Jadi dinasihatkan minum air yg byk, jgn minum air yg dijual di tepi jln, ditakuti air itu adlh air refill air paip yg penutup botolnya dig am semula..lebih baik beli air di kedai yg dijamin kebersihannya.

5) Makananan di India ye kebanyakannnya peds dan berminyak kerana rata-ratanya dibuat drp kari..pedasnya sanggggggaaaattt pedas dan berempah yg teramat sgt..tp tk smuanya pedas..masak kurmanya sgt sedap…nasinya pjg2 mcm beras basmathi..jgn lepaskan peluang merasai pratha yg sgt simple seperti chapatti yg diletakkan bhn2 tmbahan spt lada banggali n bawang.

Thursday, October 27, 2011

Tujuan asalnya

Tujuan asal sy menghantar blog pd setiap hari adalah kerana beberapa sebb yg akan sy kongsikan pd hari ini:

1) Saya ingin mendidik jiwa sy utk menjadi istiqamah..saya tercari-cari apa yg saya suka dan pandai utk dipraktiskan sbb sy tahu perkara yg sy tk suka, tk mgkun sy akan istiqamah utk lakukan pd awalnya..jdi sy memutuskan sy suka bercerita dn berckp..caranya adalah utk menulis blog!! Yesss ..sy mgkin tk pandai amik gambar atau bermain sukan, tp sy akan cuba utk focus pd minay sy yg satu ini..

2) Kwn saya pernah mengutarakan pendapatnya utk sy berkongsi apa-pa yg sy dpt dr sebrg program atau majlis yg sy pergi..dn ktanya dialah org pertama yg akan membacanya..thnks NIza, Fatma masih ingt smpai sekrg..=) Fatma doakan Niza akn Berjaya dunia akhirat dn bahagia selalu.

3) Saya mndpt inspirasi dr movie Julia & Julie, di mn watak cerita itu telah menghantar resepi ke blog selama satu masa tetrntu..jadi s yrs idea itu sgt menarik..

4) Saya tahu blog ini adalah idea yg sudah lapuk dgn adanya vlog dn kemudahan yg lain..sy mgkin tertinggal dek teknologi tp sy msih blh mengejarnya..

Wednesday, October 26, 2011

Panggilan 3 pagi

Ini adalah kisah benar. saya terjaga pd pkul 3 pg tadi mendapat paggilan. Seblum tdur mmg ada niat di hati utk bgn awal seblum subuh, cuma tdklah mensetkan jam krn niat itu hnya niat-niat ayam, tk bersunnguh org kata..mmg ada kerja hndak disetelkan, nk kena study utk bersedia ke kelas esok. tido punya sedp, pup terjaga 2-3 min sblm 3 pg..wah ini mmg minda separa sedar yg mengejutkan sy..oleh krn sy mmg sdh mensetkan minda sy..
apa yg sy buat?? mgkin krn kedinginan mlm, sy mula berkira-kira utk bgn memndang hjn renyai-renyai di luar sana..emm, baik sy tutup lampu, mlm td tertidur smbil bcb buku, lampu dibiarkan terbuka..emmm...sebaik tutup lampu, sy trus kembali ke tilam, menarik selimut dn menyambung tidur..
emm alangkah ruginya saya...saya telah mendapat panggilan dr kekasih hati saya yg plg sy rindukan..tp bila dipanggil2, sy tk menyahutnya..Allah telah memanggil sy utk bersamanya di pagi hari, memohon kpdnya krn di waktu sepertiga mlm adalah antara waapaktu yg plg mustajab dikabulkan doa..mgkinkah itu adalah pggilan terakhirnya..Ya Allah, jgnlah kau jauhkan aku dr sisimu, kau panggillah aku..lemhanya iman saya sehingga tergoda dgn tidur yg tak seberapa.. Allah telah menetukan sy utk bgn..Ya Allah besarnya ksih sygmu..