Wednesday, July 18, 2018

Denai Alam Recreciational and Riding Club

Walaupun duduk dekat sangat dengan Denai Alam, tapi tak pernah menjengah pun. Pada hari Selasa 17/7/2018 yang lepas, saya membawa anak-anak saya pergi. hanya mengambil masa 30 minit dari Puncak Alam, kami melalui Jalan Mokhdar Dahari kemudian melalui Kampung Melayu Subang untuk ke DARC. Tanpa bantuan waze, saya mungkin sesat memandangkan kurangnya papan tanda untuk ke destinasi. Banyak sangat roundaboutnya..pusing-pusing akhrinya sampai. Mula-mula masuk dah nampak kuda. Fateh dan Nuha memang excited sangat..heheh..

Tempat pertama kami tuju adalah kandang arnab, reban ayam dan tempat memancing ikan. Tak sangka sangat seronok bagi makan dekat arnab, ayam, burung dan memancing!! Makanan arnab dikenakan bayaran sebanya RM2 satu bekas manakala makanan burung dan ayam diberikan secara percuma. Fateh sangat seronok bagi makanan dekat arbnab dan burung. Manakala tempat memancing pulak, sangat senang memancing dengan umpan tepung dan makanan ikan yang diberikan. sekejab sahaja menunggu, dahhh dapat ikann. Tapi ikan-ikan tu tak boleh bawak balik. Kita kena lepaskan balik dalam kolam tu ye..

Lepas tu kami ke depan untuk tengok kuda pulak. Memandangkan kemudahan surau dan bilik air disediakan, kita berhenti solat asar dululah, kasi setel. Sejurus solat, nampak ada buai zaman dulu-dulu yang bulat tu yang main lepas balik ngaji tu..best oo main tu laju betul macam atas kapal..heheh


Lepas tu kami pun ke kaunter nak naik kuda, bayaran RM10 dikenakan. Archery pun ada, rasanya RM10 jugak tapi kami tak main. Makanan kuda pun ada dijual dengan harga RM2 (carrot). Tetiba nampak kolam ikan..best besar-besar ikan koi nye. Makanan ikan pun ada dijual dengan harga RM3 untuk 2 plastik beg. Best ikan-ikannya macam lapar betul..Berdesup-desup makan..Kalau lapar, jangan risau sebab ada cafe. Sebelum balik kami singgah makan sebab takut jem pulak. Kesian anaka-anak. Aiskrim pun ada..hahah..memang kenyang sangat. Makanan yang dijual agak mahal la dari harga standard, mungkin sebab club house kot..hihi..RM9 untuk kuewteow ladna. Jus tembikai laici pulak RM3.50. Aiskrim RM1 sebatang..ada macam-macam perasa, keladi, red bean, jagung, coklat..sedap jugak. Nampak ada pelanggan yang datang tu order maggi kari...amboi bukan main kau makan maggi dekat kedai..hehehe..

Kitaorang pun nak balik dah. Korang kalu nak naik kuda, sebelum 6.30 petang ye..malam buka hanya pada hujung minggu sahaja. Ok memang sangat seronok, berbaloi-baloi dan harga pun berpatutan.





Perkhidmatan translate/translasi dokumen (Sijil nikah, surat beranak di Shah Alam)

Memandangkan saya dan keluarga akan berpindah ke Singapura tidak lama lagi, salah satu dari keperluan adalah untuk menukarkan sijil nikah dan surat beranak anak-anak dari Bahasa Melayu ke Bahasa Inggeris. Cari punya cari, telefon JAKIM dan JAWI, mereka tidak lagi menawarkan khidmat tersebut. Mereka memberikan nombor telefon ITBM (Institut Terjemahan & Buku Malaysia BHD) yang boleh dihubungi di talian 03-4145 1853. Memandangkan pejabatnya yang bertempat di Wangsa Maju, jadi saya ingin cuba pilihan kedua iaitu dengan mengemailkan bahan-bahan yang diinginkan dan akan mengambil 3 hari bekerja untuk siap. Saya macam kurang pasti dengan cara tersebut memandangkan agak susah untuk saya follow up nanti, saya cuba mencari pilihan kedua iaitu menterjemah di Makhamah berhampiran.

Cari punya cari Makhamah yang berdekatan ada di Shah Alam iaitu Makhamah Seksyen 6 (just guna waze).  Saya hanya perlu membawa dokumen asal, walk in tanpa appointment. Saya meninggalkan dokumen di kaunter pertanyaan di lobi makhamah dan akan di beritahu (telefon) sebaik sahaja dokumen siap di translasi. 

Makhamah ada kawasan parking yang luas dan terdapat cafe dalaman yang menjual makanan, namun untuk menghabiskan masa, saya pergi ke Shopping Mall berdekatan. Selepas  1 jam, saya mendapat panggilan dari Puan Kanaha Mani A/P Muthusamy (jurubahasa). Setiap dokumen dikenakan charge RM50. Ini nombor telefon beliau, sekiranya sesiapa memerlukan khidmat translate di Shah Alam. 019-278 5750. Alhamdulillah pkul 2 petang hantar, sebelum pukul 5 dah boleh balik rumah. Settle satu keje. Dokumen yang ditranslate hanyalah sekeping kertas A4 biasa. Yang mahal tu adalah tandatangan jurubahasa tu..heheh