Thursday, October 17, 2019

Pengalaman menaiki Cruise

Wah sangat seronok berpeluang naik cruise. Kami pergi Bintan sahaja dari Singapura. Mahal juga harganya dalam RM6,000 ++ untuk 4 orang (2 hari 2 malam). Takpelah pengalaman punya pasal. Naik dari Marina Bay. Kalau nak tahu, cruise ni ada 4 jenis bilik:

1. Interior - ini bilik yang paling kecil, takde tingkap,tak boleh tengok luar langsung. Macam saya yang clautophobia, memang tak boleh. Rasa sesak nafas, sebab rasa macam dalam keranda. huhu..Bilik ni juga agak gelap, jadi disyorkan bawa lilin articial yang pakai elektrik tu. Sebab nak buka lampu malam2 buta, tak boleh tidur pula kan.

2. Ocean view - Bilik ni lebih besar dari interior tapi ada tingkap yang boleh tengok luar. Cumanya tingkap tu tak boleh bukalah. Cuma boleh tengok je dari dalam. Ok sikitlah, rasa bernafas sikit. hehe

3. Balcony - Ini bilik yang ada balcony, tapi balconynya menghadap ke arah dalam kapal. Jadi bolehlah tengok orang dekat luar jalan-jalan ke, main ke. Mungkin akan bising sikitlah

4. Balcony deluxe - Ini bilik yang paling besar dan ada balcony yang menghadap ke laut. Best tau boleh layan laut sambil minum kopi..eceh.

Maka buatlah pilihan yang terbaek ye.

IELTS Examination (tips and tricks)

Salah satu kriteria untuk memohon biasiswa staf UiTM adalah mendapat sekurang-kurangnya band 5 (lulus) untuk peperiksaan IELTS. Maka bermulalah pencarian pusat yang menawarkan peperiksaan ini. Di Malaysia, ada 2 pusat yang menawarkan servis untuk peperiksaan ini, British Council atau IDP. Saya memilih IDP sebab dah pernah ambil peperiksaan dengan pihak IDP. So far, good experience.

Antara tips yang saya boleh berikan:
1. Sekarang dah banyak youtube yang bagi tips-tips bagi 4 exam IELTS (reading, listening, writing, speaking). Boleh tengok dan buat exam juga di youtube. Ielts Cambridge bagus.

2. Boleh cuba buat latihan di ielts-up.com. Bagus, boleh terus cek jawapan.

3. Set masa seperti dalam exam. Contohnya reading untuk 1 jam, kena berlatih dalam 1 jam je. Kena jujur dan displin.

4. Reading - kena pantas. ada 3 soalan. soalan 1 - set masa dalam 17 minit, soalan 2 - 20 minit. soalan 3 - 23 minit. Kalau tak, sayang tak sempat jawab semua. Reading senang untuk score.

5. Listening - baca siap-siap soalan dan expect apa yang dia nak tanya. Fokus fokus. Kalau terlepas, takpe, teruskan ke soalan yang lain. Jangan panik.

6. Writing-soalan 1 -kena set masa 20 minit sahaja. Soalan 2- 40 minit. Soalan 1 lebih teknikal, bagus untuk hafal term-term untuk describe graph, pie chart macam increase, decrease sebab kita tak biasa. Soalan 2, kena menjawab semua soalan. Tak perlu logik, asalkan ada pernyataan untuk menyokong, cukup.

7. Speaking - bagus untuk bersedia dengan topik-topik yang mungkin ditanya. Macam favourite music, movie, sport. Mana nak sempat fikir kan waktu exam. Jadi bersedia dan cari maklumat.

Ok Good luck semua!