Wah sangat seronok berpeluang naik cruise. Kami pergi Bintan sahaja dari Singapura. Mahal juga harganya dalam RM6,000 ++ untuk 4 orang (2 hari 2 malam). Takpelah pengalaman punya pasal. Naik dari Marina Bay. Kalau nak tahu, cruise ni ada 4 jenis bilik:
1. Interior - ini bilik yang paling kecil, takde tingkap,tak boleh tengok luar langsung. Macam saya yang clautophobia, memang tak boleh. Rasa sesak nafas, sebab rasa macam dalam keranda. huhu..Bilik ni juga agak gelap, jadi disyorkan bawa lilin articial yang pakai elektrik tu. Sebab nak buka lampu malam2 buta, tak boleh tidur pula kan.
2. Ocean view - Bilik ni lebih besar dari interior tapi ada tingkap yang boleh tengok luar. Cumanya tingkap tu tak boleh bukalah. Cuma boleh tengok je dari dalam. Ok sikitlah, rasa bernafas sikit. hehe
3. Balcony - Ini bilik yang ada balcony, tapi balconynya menghadap ke arah dalam kapal. Jadi bolehlah tengok orang dekat luar jalan-jalan ke, main ke. Mungkin akan bising sikitlah
4. Balcony deluxe - Ini bilik yang paling besar dan ada balcony yang menghadap ke laut. Best tau boleh layan laut sambil minum kopi..eceh.
Maka buatlah pilihan yang terbaek ye.
No comments:
Post a Comment