Tuesday, August 25, 2020

Review the Hideout - Batu caves

 Hideout adalah suatu kawasan Glamping tepi sungai yang berada dalam Lembah Klang. 

Hanya mengambil masa selama lebih kurang setengah jam dari ibu kota, Alhamdulillah kami dapat berkumpul bersama-sama meraikan Family Day. 

Kawasannya selesa, ada tempat berteduh yang boleh disewa dengan bayaran RM20 satu wakaf. Tapi yang specialnya tentang hideout ni adalah dia menyediakan khemas yang boleh muat 3-4 orang beserta bilik air dan peralatan memasak seperti dapur gas, bbq dan pan untuk memasak. Harga satu khemah semalam adalah RM400

Air sungainya cetek dan sedikit laju. Maka pemantauan diperlukan bagi kanak-kanak. Namun, banyak kawasan di mana kanak-kanak2 boleh bermain pasir dan air di pinggiran sungai. . 

Kawasan parking juga luas, rasanya 1 kereta dikenakan bayaran RM5. Pihak hideout jugak menyediakan perkhidmatan caterer yang akan menyediakan makanan sekiranya pelanggan memilih untuk tidak memasak. Sekitar kawasasn glamping, ada gerai-gerai yang menjual makanan cucuk, aiskrim, peralatan mandi dan minuman. 

Jom layan gambar









No comments:

Post a Comment