Hari ni aku nak ajak kau untuk sangka baik dengan Tuhan sahaja..sangka baik buat kau tenang beb. Yang teruk kau akan sabar, yang baik kau akan syukur. Itu mukmin. Kalau kau rasa tak boleh sabar, kau doa dekat Tuhan. Tak payah dekat tikar sejadah. Cakap je dengan Tuhan saat kau bawa kereta. Aku sedih Tuhan. Kau tolong aku. Kau tolong aku. Kau tutup radio tu..toksah dengar benda2 yang tiada manfaat.
Innalillah hi wainna
ilaihi rojiun
Berikan aku pahala
atas kesabaranku ini dan gantikanlah dengan yang lebih baik
Kau cakap kau kuat.
Tak payah nak kuat sangat. Kau kuat, tapi dalam kau merana. Kau nak nangis,
nangis weii…toksah ajar anak kata u are boy, malu nangis. Kau tak ajar anak kau
merasa perasaan sedih tu macam mana. Kena acknowledge perasaan sedih, baru dia
akan faham perasaan sedih orang Palestin. Benda ni kena dipupuk, di terangka.
Abang sedih ya, Abang sedih sebab Abang tak faham cikgu ajar apa ya. Usah
dipendam. Acknowledge. Ramai orang emosi tak stabil sebab kita tak faham akan
emosi kita.
Emosi tu kuat
weii..emosi boleh buat kau bangkit. Orang yang sedih jika digunakan dengan
betul akan jadi lebih kuat. Emosi marah jika digunakan di jalan yang baik akan
bawa kebaikan.
Kita tak kuat. Kita
hanya akan kuat bila ada Allah yang bantu.