Sunday, May 30, 2021

Sangka baik – sabar & syukur – yakin – redho

Hari ni aku nak ajak kau untuk sangka baik dengan Tuhan sahaja..sangka baik buat kau tenang beb. Yang teruk kau akan sabar, yang baik kau akan syukur. Itu mukmin. Kalau kau rasa tak boleh sabar, kau doa dekat Tuhan. Tak payah dekat tikar sejadah. Cakap je dengan Tuhan saat kau bawa kereta. Aku sedih Tuhan. Kau tolong aku. Kau tolong aku. Kau tutup radio tu..toksah dengar benda2 yang tiada manfaat.

Innalillah hi wainna ilaihi rojiun

Berikan aku pahala atas kesabaranku ini dan gantikanlah dengan yang lebih baik

Kau cakap kau kuat. Tak payah nak kuat sangat. Kau kuat, tapi dalam kau merana. Kau nak nangis, nangis weii…toksah ajar anak kata u are boy, malu nangis. Kau tak ajar anak kau merasa perasaan sedih tu macam mana. Kena acknowledge perasaan sedih, baru dia akan faham perasaan sedih orang Palestin. Benda ni kena dipupuk, di terangka. Abang sedih ya, Abang sedih sebab Abang tak faham cikgu ajar apa ya. Usah dipendam. Acknowledge. Ramai orang emosi tak stabil sebab kita tak faham akan emosi kita.

Emosi tu kuat weii..emosi boleh buat kau bangkit. Orang yang sedih jika digunakan dengan betul akan jadi lebih kuat. Emosi marah jika digunakan di jalan yang baik akan bawa kebaikan.

 Aku bagi contoh, Kau sedih sebab kau tak dapat kerja yang kau idamkan. Akan jadi 2 senario. Kau layan emosi tu last2 jadi murung or kau boleh jadi determine. Minta kerja yang lain, terus dan terus. Emosi ni kuat. Lagi kuat dari rasional otak kita. Jadi emosi tu penting kita pegang dan kita conductnya..sbb tu Tuhan cakap dalam badan ada satu organ yang penting, Namanya hati. Baik hati baiklah semuanya. Tuhan tak cakap otak pun. Otak ni senang untuk kita tipu dia. Otak cakap merokok tak bagus, tapi hati kau cakap merokok nib oleh release tension…apa jadi? Kau merokok kan. Tapi bila kau rasa kau sayang diri dan anak2, hati kau akan cakap, berhenti beb merokok tak bagus. Mahu lagi kuat dari tahu.

Kita tak kuat. Kita hanya akan kuat bila ada Allah yang bantu.

No comments:

Post a Comment