1) Konsep boleh pinjam di mana-mana dan
pulang di mana-mana
Rasanya ini memang dah biasa,
terutamanya yang tinggal di Putrajaya. Kan ada banyak perpustakaan, presint 16,
presint 8,9. Seronok kan macam tu. Takdelah kita terbatas kena pergi satu
perpustakaan sahaja. Satu lagi, majalah pun boleh pinjam tau, walaupun edisi
yang terbaru. Seronok sangat memang sangat jimat duit.
2) Boleh reserve buku dengan kos minima
Kalau kita sedang mencari sesebuah buku,
dan buku itu sama ada sedang dipinjam atau tidak terdapat di perpustakaan yang
kita lawati, boleh sahaja kita reserve denga kos $1.55 dan kemudian boleh pilih
perpustakaan yang mana kita hendak kutio buku tersebut. Mudah kan.
3)Perpustakann di Shopping Complex
Ada beberapa perpustakaan di Singapore
yang berada di dalam atau berdekatan shopping complex. Contohnya seperti di
NEX, di Punggol dan di Raffles Street. Kalau tidak pun, perpustakaan tersebut
berada di dalam Kawasan Pusat Komuniti yang juga dilengakapi dengan
kemudahan-kemudahan lain seperti Pusat Sukan, Poliklinik, kedai makan, dewan
orang ramai, pasaraya dan aktivit-aktiviti masyarakat seperti kempen dan
pertandingan. Contohnya di Heartbeat Bedok dan di Our Tampiness Hub. Jadi
bolehlah kita jalan-jalan selepas penat belajar atau membuat kerja di
perpustakaan.
4) Perkidmatan aplikasi mobil yang
canggih
Boleh pinjam melalui telefon bimbit atau
memperbaharui pinjam, senang kan. Malah ada macam-macam lagi kemudahan melaui
aplikasi ini seperti mencari buku, membayar denda dan meminjam e-book.
No comments:
Post a Comment