Saya kerap pulang ke tanah air, sama ada dengan kereta, kapal terbang, bas ekspress, kereta sewa mahupun dengan kereta api.
Berikut diberikan tips-tips untuk
menyeberang 2 negara ini mengikut jenis kenderaan dan aplikasi yang dapat
membantu memudahkan perjalanan anda.
1. Kereta
Pastikan tiada bahan terlarang yang di
bawa seperti bahan mentah dan rokok yang terlampau banyak, nanti kastam akan
mencurigai dan akan mensyakki anda hendak berniaga pula. Paspot semua penumpang
mestilah tersedia. Kereta yang memasuki Singapura memerlukan Autopass
(seakan-akan Touch N Go di Malaysia) Boleh didapati dari pejabat di CIQ
Singapura. Perlu berhati-hati kerana kereta terlampau banyak, dikhuatiri boleh
terlepas dan ini boleh menyebabkan anda mungkin dedenda.
2. Kereta api
Lawati laman web keretapi tanah melayu
atau easy booking. Tiket dari Malaysia ke Singapura adalah RM5 manakala tiket
dari Singapura ke Malaysia adalah $5. Sangat mudah dan tak perlu turun angkat
barang kerana tempat kedua-dua imegresen adalah di tempat yang sama. Namun
tiket cepat habis. Perlu beli sebulan lebih awal. Pastikan nama dan nombor IC
penumpang adalah tepat. Biasanya tiket pagi (5-8am) dan petang (5-6pm) memang
cepat habis. Petang Jumaat dari Singapura ke Malaysia dan Ahad dari Malaysia ke
Singapura pun cepat habis. Orang Singapura ni suka sangat ke Malaysia. Ye lah
tahu murahhh
3. Kapal terbang
Kos bagi penerbangan kapal terbang
bermula semurah RM80 hingga RM200 satuhala. Sangat menghairankan ramia sungguh
orang ke dan dari Singapura. Mungkin kerana kerja atau hanya untuk makan angin.
Perjalan melalui udara memakan masa hanya satu jam di mana tiada makanan akan
disediakan di dalam pesawat. Apa yang lebih menarik ada penerbangan terus dari
Ipoh dan Pulau Pinang ke Singapura.
4. Kereta sewa
Kos sekali perjalanan adalah $70-80.
Pilihan ini bagus sekiranya penumpang adalah dalam 7 hingga 8 orang. Ini kerana
kenderaan yang digunakan adalah 7 seater seperti Starex dan Hyundai XXX. Memang
sangat selesa. Tak perlu kepenatan mengharung jem sekiranya memandu sendiri.
Boleh tidur dan berehat didalam kereta.
5. Bas ekspress
Mudah sahaja untuk membeli bas ekspress.
Hanya perlu ke laman web seperti easybooking, bas ekspress dan memebeli online.
Bayarannya adalah bermula $10 hingga $60 satu hala. Selsa tapi perlu beratur
dan menurunkan beg sendiri di imegresen ke Malaysia. Kebanyakan bas ekspress
adalah dari Malaysia. Tempat untuk naik bas ada belbagai tempat. Hanya perlu
pilih sahaja mengikut kesesuaian.
6. Bas biasa
No comments:
Post a Comment