Proses pembelajaran dan pelajaran di rumah (pdPr) telang berlangsung hampir 3 bulan di rumah. Walaupun telah melaluinya pada fasa yang lepas, namun pdPR kali ini dirasakan berbeza kerana tuntutan kerja ibu bapa semakin bertambag berikutan kebanyakan dari organisasi pekerjaan sudah menyesuaikan diri kepada era dalam talian. Maka, kebanyakan ibu bapa mengalami kesukaran untuk memeberikan tumpuan yang lebih baik kepada proses pembelajaran anak-anak.
Namun, di saat gemelut ibu bapa, terdapat segelintir
pelajar yang didapati terjejas teruk dengan proses pembelajaran dalam talian
ini. Pelajar dari keluarga B40 khususnya mengalami kesukaran untuk memberikan
tumpuan di dalam pembelajaran disebabkan beberapa faktor iaitu faktor fasiliti
dan sokongan ibu bapa. Faktor fasiliti merupakan faktor utama di mana
kebanyakan para pelajar tidak memiliki telefon pintar apatah lagi kemudahan
komputer bagi memudahkan proses pembelajaran atas talian. Tidak dapat dinafikan
pembelajaran menggunakan komputer atau komputer riba adalah jauh lebih baik
dari menggunakan telefon pintar dalam memahami pembelajaran. Malah ada
segelintir pelajar yang terpaksa berkongsi telefon pintar dengan ibu bapa dan
adik beradik yang lain. Ini menjadikan proses pembelajaran menjadi lebih rumit
da sukar untuk menumpukan perhatian. Ketiadaan kemudahan internet yang baik
juga menyukarkan pelajar untuk terus memberikan tumpuan kerana gangguan data
yang terhad. Di samping itu, keadaan
rumah juga amat memainkan peranan dalam memastikan proses pdpr berjalan lancr.
Rumah yang sempit dan mempunyai ramai ahli akan mengekang anak-anak untuk
memberikan tumpuan sepenuhnya di dalam kelas.
Saban hari semakin banyak
rungutan yang diterima oleh ibu bapa dalam menguruskan anak-anak dalam proses pembelajaran
dan pengajaran di rumah (pdpr). Ada di antara mereka yang mempunyai kekangan
masa untuk membentu anak-anak dan ada juga mengalami kesukaran untuk mengajar
anak-anak terutamanya kursus-kursus yang memerlukan kemahiran khusus seperti
bahasa arab dan subjek-subjek agama yang lain. Sejauh mana ibu bapa dapat memberikan sokongan kepada pra pelajar
terutama yang bekerja di pejabat dan menghantar anak-anak ke pusat asuhan.
Kesannya, jurang pendidikan
akan menjadi lebih besar. Pelajar yang berkemampuan akan terus ke hadapan dan mengungguli
pencapaian di dalam kelas. Namun lebih ramai pelajar yang akan ketinggalan. Golongan
ini akan mengalami kesukaran untuk keluar dari kemelut kesusahan kerana perkara
asas pendidikan tidak dapt dikuasai dengan baik. Kesannya, ekonomi keluarga
akan tidak dapat ditingkatkan kerana anak-anak tidak mendapat pekerjaan yang
baik bagi membantu ibu bapa. Malah lebih menggusarkan masalah sosial juga
semakin meningkat. Kehadiran ramai ahli keluarga di dalam sesebuah rumah akan
membuka jalan-jalan kepada masalah rumah tangga, penderaan, penceraian dan
sumbang mahram. Ini semua berbalik kepada didikan agama yang telah diterapkan
kepada anak-anak sejak mereka kecil. Kepincangan di dalam rumah tangga ini
bukanlah suatu perkara yang baru, namun kewujudan pandemic ini membuka lagi
pekung di dada.
Penyelesaian kepada isu ini perlu dilihat dan diambilkira oleh banyak
pihak. Namun, suka untuk saya mengetengahkan usaha dan tindakan yang perlu
diambil oleh individu termasuk diri saya sendiri. Kita tidak boleh mengubah
perkara ini dengan desakan orang lain. Tugas saya sebagai ibu bapa adalah
dengan menghormati usaha murni guru-guru yang penuh jerih menyediakan yang
terbaik kepada anak-anak muridnya. Di samping mengajar, perlu diingatkan yang
guru-guru ini ada anak-anak yang Perlu dikendalikan di rumah. Pada hemat saya,
tidak perlu ditambah bebanan guru-guru ini dengan persoalan atau rungutan yang
tidak membawa kepada apa-apa penambahbaikan. Jika tidak mampu siapkan kerja
rumah yang diberi, selagi mana ianya tidak menganggu proses pembelajara, tidak
mengapa untuk tidak menyiapkannya. Ibu bapa perlu memberikan sokongan kepada
anak-anak untuk mencuba yang terdaya di saat ini. Ibu bapa perlu mendisplinkan
anak-anak agar dapat mengikuti, sebahagian kelas. Jika tidak mampu ikuti semua,
Jangan tinggal kesemuanya. Ini penting agar guru-gur tahu kewujudan pelajar
tersebut. Ibu bapa tidak perlu terlampau
tertekan sekiranya anak-anak tidak mengikuti pembelajaran sepenuhnya.
Pembelajaran itu sifatnya santai dan seronok. Selain itu, saya beranggap itu
bukanlah suatu bentuk pendidikan yang baik.
Bagi tanggujwab sebagai pendidik, empati yang tinggi perlu diterapkan.
Letakkan diri kita di pihak pelajar-pelajar. Beri kerja sewajarnya dan berikan
kata motivasi yang berterusan agar anak-anak terus bersemangat untuk ke kelas. Sekiranya
didapati ada anak-anak yang keciciran, berikan sedikit masa untuk bertanya khabar
dan menghulurkan bantuan. Saya sangat percaya, dengan perhatian para guru, anak-anak
ini akan tertarik dan akan kembali semula ke kelas. Malah, ibu bapa pelajar ini
juga boleh dihubungi untuk menunjukkan keperihatinan kita. Sedikit cakna kita
ini mampu memberikan impak yang besar kepada ibu bapa yang bekerja dan tidak
mampu untuk memberikan perhatian sepenuhnya kepada anak-anak mereka.
Ketiga tugas sebagai penjawat awam yang tidak terkesa gajinya dek kerana
pendemik wajar untuk diperhalusi. Kita mempunyai tanggungjawab yang besar dalam
menyumbang kepada kelancaran pendidikan. Sumbangan boleh diberi kepada badan
bukan kerajaan dan PIBG sekolah yang banyak bekerjasama untuk membantu pelajar
tanpa gajet. Pembelajaran dengan telefon pintar berbanding komputer pastinya
berbeza. Sumbanglah sebanyak yang boleh, saya pasti setiap sumbangan itu akan
mengalir semula kepada kita sebagai saham akhirat dan keberkatan di dunia. Seperkara
lagi yang wajar dibangkitkan, walaupun kita tidak lagi menghantar anak-anak ke
pusat jagaan atau taska, berilah sumbangan seadanya agar perniagaan mereka
dapat diteruskan. Saban hari, kita mendengar lebih banyak pusat jagaan dan
taska yang terpaksa ditutup kerana tidak mampu menampung perbelanjaan
terutamanya sewa dan gaji guru-guru. Walau sebahagian kecil gaji penjawat awam
telah dipotong, namun kesannya tidaklah begitu ketara.
Tanggungjawab sebagai masyarakat, saya perlu memberikan sokongan penuh
kepada badan-badan bukan kerajaan yang sanggup turun padang untuk memberikan
bantuan. Saya sendiri mungkin tidak mampu untuk memberikan bantuan secara
langsung dek kerana Batasan waktu dan tenaga. Berikan bantuan sebanyak yang
mungkin, dalam bentuk apa pun, wang mahupun sokongan moral. Semua orang
memerlukan kata-kata semangat untuk terus melangkah dan menjaga diri
masing-masing.
Di saat ini, apa yang sepatutnya di benak kita adalah untuk memberi
sebanyak-banyaknya. Usah menunding jari, semua bermula dari kita. Jadilah ibu
bapa yang mengambil berat, jiran yang cakna, guru yang bertimbang rasa dan
masyarakat yang prihatin. Setiap amal kebajikan perlu dimulakan dengan niat dan
azam, maka laluan-laluan untuk kita menyumbang itu akan datang dan dimudahkan.
Kita tidak tahu ajal umur kita setakat mana. Gunakan masa yang berbaki untuk
menjadi manusia yang berguna kepada orang lain.
Saya akhiri
nukilan ini dengan kisah seekor burung pipit dan peristiwa Nabi Ibrahim dibakar.
Sebaik melihat peristiwa tersebut, burung pipit ini terus terbang berulang-alik
mencari air. Burung kecil itu menyedut dan mengisi air di dalam paruhnya lalu
dilepaskannya ke atas unggun api yang membakar Nabi Ibrahim a.s. Itulah yang
dilakukannya berulang-ulang kali, sehinggalah Nabi Ibrahim a.s. dikeluarkan
daripada api. Perbuatan burung kecil itu diperhatikan oleh makhluk Allah yang
lain, lantas ditanya kpd burung kecil itu, "Mengapakah kamu bersusah-payah
berulang-alik mengambil air, sedangkan kamu tahu api besar yang membakar Nabi
Ibrahim takkan terpadam dengan sedikit air yang kamu siramkan itu?" Lalu
dijawab oleh burung kecil, "Walaupun aku tahu aku tidak berupaya memadam
api tersebut, namun aku mesti berusaha untuk menegakkan kebenaran atas
kemampuan yang terdaya oleh diriku sendiri, Allah tidak akan bertanya sama ada
aku berjaya memadamkan api itu ataupun tidak! Tapi yang menjadi
persoalan,apakah usahaku mencegah kemungkaran.
Maka, di benak
kita tidak mungkin untuk menyelesaikan semua masalah dunia. Namun, kita harus
memainkan peranan kita di atas kapasiti kita sebagai ibu bapa, pendidik,
penjawat awam dan ahli masyarakat. Allah tidak lihat hasilnya tetapi lihat
usaha kita.
No comments:
Post a Comment