Membesarkan 2 anak yang kecil bukanlah mudah. Penuh cabaran. Berbagai ragam. Saat berjauhan, Fateh baru memulakan sekolah pada umur 4 tahun dan Nuha baru sahaja berumur 1 tahun dan masih belum boleh berjalan. Saya bekerja dari pukul 8 pagi hingga 5 petang. Balik sekolah masih perlu menguruskan rumah, memasak, mengemas dan menguruskan 2 anak yang kecil. Penat memang penat. Anak-anak tanpa ayah, perangainya semacam meragam. Biasanya setiap kali balik kerja, saya akan cuba untuk bawa anak saya ke taman permainan memandangkan anak berada bersama pengasuh sehari suntuk. Walaupun pada hari biasa sebelum berjauhan, suami pulang dari kerja lewat malam, namun beliau banyak membantu dalam menguruskan anak-anak untuk tidur dan berjaga malam terutamnya bila anak sakit. Apa yang lebih payah adalah apabila hilangnya kawan untuk bersembang dan meluahkan kelelahan satu hari bekerja.
Suami saya akan pulang setiap hujung
minggu menaiki bas dari Singapura ke Terminal Bas Tasik Selatan atau ke KL Sentral.
Tempat tinggal kami di Puncak Alam amat jauh dari mana-mana bandar. Bandar
terdekat Shah Alam tidak pula menawarkan perkhidmatan bas ekspress dari
Singapura. Duit memang banyak yang habis. Untuk tambang bas, tambang teksi dari
stesen bas ke rumah. Suami tidak mahu menyusahkan saya untuk menghantar ke
stesen bas dengan 2 anak. Saya amat menghargai penat lelah suami pulang ke
rumah. Badan dah rasa macam nak patah, tidur di dalam bas tidak lah selena
mana. Semoga Allah membalas jasa suami tercinta.
Fateh yang baru berjinak-jinak ke
tadika, Alhamdulillah cepat membiasakan diri. Nuha pula dihantar ke rumah
pengasuh yang amat memahami dan membantu. Cuma bila di rumah, saya terpaksa
uruskan semuanya sendiri. Masalah bila ada kerja pejabat yang perlu diselesaikan
di rumah. Memang kalut dibuatnya.
Antara tips yang boleh digunakan oleh
ibu-ibu yang berPJJ (Pasangan Jarak Jauh):
1. Beli peralatan yang memudahkan
kerja-kerja rumah
Antara pelaburan yang saya rasa amat
berbaloi adalah dengan membeli dryer. Memang menjimatkan masa dan tenaga.
Kerja-kerja menyidai amatlah memakan masa terutamnaya bila ada anak kecil,
baju-bajunya juga kecil dan renyah untuk diuruskan. Perlu dibasuh, disidai,
diangkat dari jemuran dan juga dilipat untuk dibawa ke rumah pengasuh. Dengan
adanya dryer, ibu-ibu tak perlu risau lagi sekiranya baju tidak kering akibat
musim hujan mahupun tidak sempat untuk menguruskan baju. Hanya tinggalkan di
dalam mesin basuh sebelum tidur, esok baju sudah siap untuk dipakai. Satu lagi
pelaburan yang berbaloi-baloi ialah seterika yang tengah famous sekarang tu,
jenama yang steam, ringan dan amat meyenangkan kerja-kerja menyerika baju.
Almaklumlah baju kerja kena iron tiap-tiap hari, boleh basah ketiak juga untuk
iron baju seminggu sekali.
2. Pastikan perut ibu penuh bila ibu
pulang dari kerja.
Perut yang lapar, ditambah dengan
keadaan yang penat selepas pulang dari kerja boleh membuatkan si ibu naik darah
sekiranya anak-anak tidak mendengar kata dan meragam. Lebih elok jika ibu dapat
menghayati masa makan tersebut bagi menstabilkan emosi dan menghilangkan Lelah
di badan. Pulang lebih awal dan pastikan makan malan dahulu sebelum pulang
mengambil anak-anak. Bila perut kenyang, hati pun senang.
3. Masa sendiri
No comments:
Post a Comment