Pencarian sekolah Fateh mengambil masa. Akhirnya Kampung Siglap Mosque Kindergarten menerima Fateh walaupun Fateh masuk pada bulan 8. Tadika di bahagikan mengikut umur nursery untuk 4 tahun, K1 untuk 5 tahun dan K2 untuk 6 tahun.
1) For parents who care (Komunikasi 2
hala dari pihak pentadbiran kepada ibu bapa)
Setiap 2 minggu, pengetua, Puan Hadija
akan menyediakan sehelai perancangan pelajaran bagi tempoh 2 minggu akan
datang. Isi kandungan merangkumi language & literacy, numeracy, art &
craft, little huffaz and discocvery of new world. Bagi saya, informasi seperti
ini amat berguna bagi ibu bapa bersedia dan menyediakan anak-anak mereka ke
sekolah. Contohnya bagi littlehufaz, ibu ayah dapat berlatih membaca surah
tersebut di rumah.
2) Fruit day
Setiap hari Khamis, para pelajar di
minta untuk membawa bekal sendiri di mana makanan yang di bawa mestilah
mengandungi buah-buahan. Ini untuk menggalakkan anak-anak untuk sukakan makan
buah dan berkongsi makanan dengan kawan-kawan.
3) Show and Tell
Ini juga benda yang sangat menarik sebab
kanak-kanak akan bawaa sesuatu ke kelas dan bercerita dan berkongsi dengan
kawan-kawan. Ini dapat memupuk sifat berani dan mengasah bakat bercakap di
depan. Fateh bersemangat nak lukis sesuatu di rumah dan bawa ke sekolah. Cikgu
cerita pelajar ni berebut nak bercakap di depan.
4) Class pet
Setiap kelas akan menjaga seekot
binatang peliharaan. Sebelum ini, di nursery, kelas Fateh ada terrapin atau
labi-labi. Setiap pelajar akan bergilir untuk bawa pulang ke rumah dan
merekodkan di dalam buku skrap aktiviti yang dibuat Bersama binatang tersebut. Makanan
akan diletakkan Bersama-sama dengan cara-cara untuk menjaga binatang tersebut.
Anak-anak memang suka dengan binatang. Tapi yang menjaganya ibunya juga..
5) Aktiviti kemasyarakan
Antara lawatan yang dibuat adalah
melawat dan memberikan sumbangan kepada orang yang tidak berkemampuan. Ini
dapat memberikan pendedahah kepada pelajar tentang sifat ihsan dan
bantu-membantu. Aktiviti lain adalah lawatan ke pantai untuk membersihkn
pantai.
6) Buku library
No comments:
Post a Comment