Batam terletak sangat dengan Singapura. Mengambil masa hanya 1 jam perjalanan feri. Saya rasa tiada jenis pengangkutan lain ke Batam, hanya jalan laut sahaja. Antara jeti yang boleh digunankan untuk ke Batam adalah Harbour Front dan Tanah Merah. Nanti feri akan ke Batam Centre atau Harbour di Batam. Keadaan ekonomi di Batam amat sederhana, tertumpu kepada sektor perlancongan. Antara perniagaan yang pesat adalah pusat urut, restoren seafood, hotel dan shopping complex. Itulah tujuan utama pelancong dari Singapura dan Malaysia ke Batam.
Dari segi keselamtan, Batam tidaklah
begitu selamat. Terdapat kes kecurian di kalangan pelancong terutamanya di
Kawasan pasar yang ramai orang. Pelancong juga sering ditipu unutk mendapatkan
keuntungan segera terutama oleh pemandu teksi dan restoren-restoren yang
menjadi tempat tumpuan pelancong. Jangan terkejut, Grab di sini amat terhad
memandangkan pemandu teksi di sini amat berkuasa dan berlaku pergaduhan antara
teksi dan Grab.
Percutian kami amatlah singkat 2 hari 1
malam sahaja. Namun ada beberapa perkara yang saya boleh syorkan. Pertama,
mesti cuba makan makanan laut yang segar, sedap dam masih murah jika
dibandingkan dengan di Singapura. Pelbagai jenis makanan laut yang boleh
dipilih, ketam, ikan, sotong, udang, kepah. Pilih sahaja mahu yang mana dan
cara masakan yang bagaimana. Pasti menjilat jari. Aktiviti kedua yang saya
syorkan adalah pergi spa dan berurut serta skrub badan. Sangat seronok dan puas
hati. Memakan masa lebih kurang 2 jam, khidmat spa dan urut juga boleh
dilakukan di bilik hotel. Sangat murah di bawah RM100 sahaja. Dari segi
shopping pula, saya tidaklah gemar bershopping. Tapi biasanya apa yang
pelancong bawa pulang adalah kuih lapis Batam. Bagi saya sama sahaja macam kuih
lapis Kuching. Hrga seketul dalam RM50. Agak mahal berbanding yang di Kuching
kan.
No comments:
Post a Comment