Makanan di Singapura mendapat pengaruh dari
pelbagai bangsa yang sudahpun menjadi penduduk tetap di sini. Dahulu kala,
pedagang dari Arab dan India datang berdagang dan menjadi agen menyebar luas
agama Islam. Makan tak heranlah kedai India Muslim ataupun dikenali sebagai
mama (maksudnya adalah pakcik) boleh dilihat di merata tempat. Nasi briani
merupakan hidangan yang dinanti ramai orang. Terdapat banyak makanan yang sedap
dan popular di Singapura. Antaranya seperti sup daging merah, murtabak zam zam
dan air tebu. Berikut merupakan makanan yang saya amat gemar dan syorkan untuk
cuba di Singapura.
1. Nasi Rawan
Nasi ini ada sambal macam nasi lemak,
tapi nasinya tak berlemak pun. Ada unsur-unsur dari Indonesia, kerana hidangan
ini disertakan dengan tempe goreng. Selain itu ada juga disertakan paru goreng,
sambal sotong dan bergedil. Memang sangat sedap. Rahsinya pada sambal serta
kuah kicap yang diletakkan buah XXX. Biasanya hidangan ini dijual di foodcourt
dan ianya halal kerana dijual oleh peniaga Melayu Muslim. Harganya dalam $6-$7.
Portion besar, cukup untuk makan 2 orang atau 2 kali makan baru habis.
2. Chee Tng
Ini adalah sejenis air minuman yang
mirip lai ci kang. Namun, isi kandungannya lebih meriah dan lebih ringan
rasanya, amar sesuai untuk mengilangkan dahaga. Minuman ini juga amat berkhasiat
kerana mengandungi kekacang, biji teratai, kembang sekuntum, dan buah-buahan
seperi laici atau longan. Harganya dalam $1.5-$2.
3. Mee rebus
Mee rebus di Singapura asasnya adalah
daging bukan udang. Jadi rasanya lebih mendalam dan rich. Sangat sedap dilengkapi
dengan bahan-bahan lain seperti tauge daun bawang, tauhu. Kalau mahukan
kelainan, cubalah dengan satay. Memang tak boleh dilupakan rasanya. Satay di
sini sangat juicy, gemuk dan penuh rasa. Harga mee rebus dalam $3, sekali 2
batang satay $4
4. Laksa
Laksa Singapura berlemak, agak sama
dengan laksa Kelantan namun tidaklah begitu bersantan. Biasanya dihidang dengan
makanan laut seperti udang, sotong dan tiram. Ada rasa sedikit kari. Saya
kurang arif dengan bahan-bahannya tapi tidak pedas dan tidakalh begitu
memuakkan. Lain sekali dari laksa di Malaysia. Harganya dalam $5.
Jika ditanya dengan hidangan yang
terkenal di kalangan pengunjung ke Singapura seperti sup daging merah, rasanya
memang sedap, namun ada yang lebih sedap. Murtabak zam zam kaya dengan daging,
namun agak kering berbanding murtabak Malaysia. Yong Tau Fu di sini lebih
kepada sup dan kuah masam manis. Tekak melayu lebih gemarkan kuah hitam pekat
yang pedas manis rasanya.
No comments:
Post a Comment