Saturday, July 3, 2021

Pengalaman Ramadhan di Singapura agak berbeza dari Malaysia.

 

Pertama yang paling unik adalah semua masjid di Singapura menjamu makanan berbuka untuk semua Jemaah yang hadir. Ini sangat menarik. Makanan yang dihidangkan biasanya dihidangkan di dalam talam. Makanan yang diberikan adalah dalam bentuk kurma dan kuih muih untuk tujuan berbuka puasa dan kemudian diikuti dengan nasi syang dipelbagaikan lauk dan menunya. Sesetengah masjid ada yang menampal menu Ramadhan untuk satu bulan. Ini sangat menarik.

1. Masjid mesra kanak-kanak

Ada masjid yang menyediakan khidmat Child Minding, iaitu khidmat menjaga kanak-kanak dari tahun 2 hingga 6 tahun. Namun ada sahaja masjid yang menerima kanak-kanak pelbagai umur. Penjaganya adalah dari golongan remaja perempuan yang tidak boleh solat ataupun mereka membuat giliran antara mereka untuk menjaga kanak-kanak ini. Antara aktivti yang dibuat adalah art and craft, mewarna, tayangan movie, sembahyang berjemaah dan bermain puzzle. Anak-anak sangat seronok. Tak sabar nak ke masjid, sebab nak berjumpa kawan untuk bermain. Takpelah harap-harap semangat nak ke masjid tu kekal sampai ke tua.

2. Ruang solat ibu dan anak

Biasanya masjid menyediakan ruang untuk kaum lelaki dan perempuan. Ada masjid di sini menyediakan ruangan untuk ibu dan anak. Tapi tempat ni memang gamat, budak-budak berlari. Ibu-ibu di sini biasanya dan biasa dan akan bawa bekal seperti kudapan dan mainan untuk anak mengisi masa ketika ibu bersolat. Malah ada anak-anak yang akan bersolat sekali. Bagi saya kita patut menggalakkan anak-anak ini untuk sembahyang bersama. Tiada isu sembahyang Jemaah tidak sah. Kalau tiang pun tidak membatalkan sembahyang Jemaah, bukan kanak-kanak yang suci tu boleh menganggu solat Jemaah. Jangan dimarah budak-budak yang membuat bermain ketika sembahyang Jemaah. Kita tidak tahu adakah sebab kita, budak itu tidak akan ke masjid lagi selepas itu.

3. Remaja banyak turun padang

Dari menghidangkan makanan, mengemas ruang makan, mengendalikan ruang parking kereta, memastikan kanak-kanak tidak bising/membuat kacau ketika solat, mengendalikan child minding, semuanya dilakukakan oleh kaum remaja. Memang sangat bagus. Nampak golongan remaja ini di asuh dengan baik.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

No comments:

Post a Comment