Monday, September 13, 2021

Cabaran sambung PhD di kala PKP

Assalamualaikum semua, 

Saya kini sedang menyambung pengajian PhD. 

Di kala PKP, cabaran terbesar saya adalah apabila saya tidak dapat berjumpa dan bertanyakan apa-apa dengan kawan-kawan. 

Saya rasa sunyi, tapi katanya itu normal. 

Saya juga kadang-kala beremosi, tapi katanya itu juga normal

Saya kadang-kadang rasa apa saya buat ni salah, orang kata itu pun normal

Saya tahu PhD ini berbaloi tetapi kekuatan tahap dewa yang diperlukan untuk sambung PhD ya..

Jika ada sesiapa yang mengalami dilema yang sama, boleh contact saya untuk kita sama-sama bagi motivasi dan tips-tips yang berguna ya..boleh contact saya di 0194626493

Saya tak pasti adakah PhD ni memang boleh sebabkan penyakit mental..wallahualam

Keharmonian dan keseimbangan elak burnout

 Burnout adalah keadaan emosi, mental dan keletihan fizikal yang disebabkan oleh tekanan kerja yang berlebihan. Burnout boleh terjadi dalam banyak faktor tetapi kebanyakan kes ramai mengalami situasi ini akibat bebanan kerja yang terlalu banyak. Faktor utama lain yang membawa kepada burnout adalah tiada aktiviti sosial, tidak mendapat sokongan rakan sekerja, majikan dan keluarga, tidak cukup tidur serta mengalami tekanan atau stres. Jika ia berterusan dalam jangka masa yang panjang seseorang itu cenderung mula hilang minat dan motivasi dan seterusnya menyebabkan produktiviti diri berkurangan. Tanda-tanda lain yang menunjukkan anda mengalami frasa burnout ialah rasa keletihan sepanjang masa, kerap sakit kepala, sakit badan, sakit otot, mudah merasa marah dan sensitif serta mudah menangis adalah merupakan tanda jelas anda mengalami fasa burnout.

Selain dari bebanan kerja yang berlebihan, faktor lain yang membawa kepada burnout ialah kerja di luar kepakaran, bidang tugas atau minat. Apabila seseorang melakukan sesuatu di luar kepakaran atau secara paksaan tanpa minat yang mendalam, ini boleh menimbulkan tekanan. Ini kerana seseorang individu itu tidak dapat mencapai kepuasan dalam bekerja, sentiasa berasa risau tentang mutu kerja serta sering berasa tidak cukup bagus dalam menjalankan tugasan tersebut. Ia juga mungkin menimbulkan rasa rendah diri dan sering membuat perbandingan dengan orang lain. Di samping itu, terdapat juga beberapa ciri personaliti individu yang menyebabkan mereka cenderung untuk mendapat tekanan serta burnout. Antaranya adalah individu yang terlalu mementingkan kesempurnaan dalam semua tugas, individu yang meletakkan target serta pencapaian yang tinggi, individu yang sukar memberi kepercayaan kepada orang lain dan lebih gemar melakukan tugasan secara sendirian dan individu yang sentiasa berfikiran pesimis terhadap diri dan orang lain.

Bagi megelakkan masalah burnout ini berpanjangan, berikut merupakan langkah-langkah yang dapat diambil untuk mengatasi masalah ini.

Keseimbangan dalam kehidupan.

Walaupun kita kini 24 jam berada di rumah namun, perlu adanya had dalam melakukan kerja pejabat mahupun kerja pengajaran dan pembelajaran dir rumah (Pdpr) untuk anak-anak. Terdapat 3 jenis keseimbangan yang perlu dipertimbangkan iaitu keseimbangan matlamat (goal balance) iaitu kebaikan di dunia akhirat, keseimbangan keutamaan (priority balance) di mana perlunya usahakan yang lebih utama dan keseimbangan sikap (attitude balance).

Bagi keseimbangan matlamat, sebagai seorang Muslim, setiap perkara yang dilakukan perlulah berlandaskan misi akhirat, di samping misi dunia. Dengan berlandaskan prinsip ini, maka dunia bukan lagi satu matlamat utama, malah ianya akan menjadi hanya satu alat bagi mencapai matlamat akhirat iaitu untuk menjadi hamba yang taat dan bersyukur. Maka, segala matlamat dunia bukanlah lagi medan persaingan, malah ianya menjadi suatu medan untuk bekerjasama, memberi dan berkhidmat dengan ikhlas.

Bagi keseimbanan keutamaan, banyak perkara yang perlu diselesaikan seharian. Maka, perlunya ada prioriti dalam menjalankan aktiviti. Contohnya, kerja di pejabat boleh diuruskan dengan mengklasifikasikannmya sebagai segera, penting dan tidak penting. Ini membolehkan kita lebih fokus kepada satu-satu tuigasan tanpa perlu tergopoh-gopoh menyiapkan kesemuanya sekalius.

Bagi keseimbangan sikap pula, perlu adanya keseimbangan dalam tindakan. Contohnya bagi dua benda yang bertentangan seperti displin dan santai, perlu adanya keharmonian dalam kedua-dua sikap agar ianya tidak memberikan kesan yang buruk kepada diri sendiri. Keseimbangan terakhir ini amat berkait rapat dengan konsep qada dan qadar di mana perlunya ada keseimbanan dalam usaha dan tawakkal kepada Allah Taala.

Di samping itu, bagi mengelakkan burnout dari bebanan kerja yang berlebihan, terdapat beberapa tips yang boleh diaplikasi. Contohnya bagi membolehkan anda fokus dalam sesuatu tugasan, berikan had masa dan reward diri bagi setiap tugasan yang berjaya diselesaikan. Tugasan yang besar perlu dipecahkan untuk membantu fokus dan menghargai pencapaian kejayaan bagi tugasan kecil yang telah dipecahkan. Di samping itu perlunya tugasan disenaraikan mengikt prioriti kerja tersebut. Hasilnya banyak kerja dapat diselesaikan dalam masa yang singkat.

Selain itu, ada 5 aspek yang perlu ditambah baik dan diberikan keseimbangan sewajarnya iaitu fizikal, mental, emosi, sosial dan spiritual.

Aspek fizikal

Dari aspek fizikal, pertama, ambil masa untuk rehat seketika. Lupakan hal kerja, beriadah, ambil angin dan keluarkan peluh. Antara aktiviti lain ialah aktiviti mengemas rumah dan membuang barang-barang lama yang tidak lagi diperlukan amat bagus bagi memberikan kelegaan dan ketenagan hati.

Selain itu, makan makanan berkhasiat yang tidak memberikan ketegangan dan keradangan seperti makanan pedas, makanan tinggi gula dan makanan yang mengandungi pengawet tinggi seperti makanan segera. Banyakkan makanan seperti kacang, ubi, buah-buah yang tinggi oksida dan protein seperti ikan bagi mengawal emosi dan memberikan kesihatan yang baik.

Di samping itu, lakukan teknik relaksasi seperti latihan pernafasan secara teratur (8 saat tarik nafas 16 saat tahan nafas dan 8 saat lepaskan nafas melalui hidung). Pernafasan yang baik dapat memberikan oksigen yang cukup sampai ke otak dan memberikan kesan tenang. Kita juga perlu berpuas hati dengan apa yang telah dicapai dalam tugasan Kita mungkin tidak dapat memberikan 100% usaha kita akibat tanggungjawab lain dan kekangan yang ada. Namun, yakinlah usaha kita tu sudah memadai dan yang terbaik buat masa ini. Tidak perlu untuk memaksa diri untuk bekerja melebihi had kerana itu akan memudaratkan diri lagi. Kita tidak mahu untuk jatuh sakit di saat ini bagi mengelakkan kesusahan yang lebih besar. Sayangi diri anda dengan menjaga tidur, jaga postur badan di saat bekerja dan tidak memaksa otak untuk bekerja lebih dari sepatutnya. Badan anda akan memberikan signal tersendiri seperi sakit badan, pening kepala dan sengal badan bagi membolehkan anda untuk slow down.

 

Aspek mental dan emosi

Dari segi mental dan emosi, pertama, berikan kata-kata positif kepada diri sendiri seperti good job dan anda telah lakukan yang terbaik. Ini akan memberikan emosi yang positif kepda diri. Anda perlu merasa bagus dengan diri anda tanpa perlu mengharapkan pujian dari orang lain. Aspek mental ini juga merangkumi pupuk minat terhadapa kerja yang dilakukan. Cara untuk memupuk minat adalah dengan mencari makna kepada pekerjaan yang sedang dilakukan. Apakah impak pekerjaan itu kepada syarikat, masyarakat atau penambahbaikan diri. Kata pada diri untuk menjadikan halangan sebagai batu loncatan untuk kebaikan diri. Semua perkara terjadi adalah untuk kebaikan kita. Contohnya untuk menjadikan kita lebih baik, lebih bersemangat, lebih kuat dan terus berusaha. Sekiranya tiada halangan dalam hidup, maka kita tidak akan belajar untuk menyesuaikan diri dan menyelesaikan masalah. Setiap cabaran dan halangan merupakan batu loncatan untuk lebih berjaya apabila kita bersikap optimistik. Jadi amat penting untuk kita bersikap kebal dan tahan lasak apabila berhadapan dengan situasi untuk mengadaptasi kerja dan kehidupan.

Aspek sosial

Dari segi sosial, kita memerlukan orang lain dengan mengagihkan kerja kepada orang lain (delegasi). Dalam banyak hal, banyak perkara kita boleh agihkan kepada orang lain. Kerja-kerja rumah seperti memasak, mengemas rumah dapat dimudahkan dengan adanya bantuan teknologi terkini seperti tempahan makanan di atas talian dan robot vacuum. Selain itu komunikasi amatlah penting. Semua perkara perlu dinyatakan dengan jelas terutama kepada pihak yang terlibat. Elakkan dari bersangka-sangka dan memendam rasa. Sebarang masalah perlu diperhalusi dan diatasi bersama-sama. Elakkan dari bersangka-sangka dan menyimpan perasaan kerana itu tidak mmbantu untuk menyelesaikan masalah.

Aspek spiritual

Terakhir, dari aspek spiritual, tidak dapat tidak lari dari perlu menambahkan kebergantungan kepada Allah. Minta tolong darinya dan gunakan nama-nama Allah seperti Ya Salam (tenang), Ya Hafiz (pemelihara) dan Ya Bari (mengatur) untuk membantu memudahkan urusan seharian kita. Melalui kesemua keseimbangan yang dinyatakan, diharapkan kita dapat terus bertahan dan belajar banyak perkara dari pendemik yang Allah turunkan ini.