Assalam,
Saya nak recommend sesiapa nak kilatkan lampu kereta yg kuning boleh contact 0193696680 Masjid Punck Alam. Service sgt bagus
Assalam,
Saya nak recommend sesiapa nak kilatkan lampu kereta yg kuning boleh contact 0193696680 Masjid Punck Alam. Service sgt bagus
Saya merupakan penghidap Hepatitis B. Saya dapat dari ibu saya dari proses kelahiran. Namun, kuman di hati saya tidur dan tidak aktif. Kesan dari Hepatitis B ni saya tak boleh derma darah dan tak boleh makan suplemen atau jamu selain dari ubat dari hospital. Ini kerana ubat-ubat tambahan tersebut boleh menyebabkan hati saya bekerja lebih keras. Selain itu, setiap 6 bulan, saya perlu lakukan rawatan susulan bagi melihat keadaan hati saya, sama ada kuman sudah “bangun dari tidur” atau keadaan hati yang membengkak.
Tugas hati yang utama adalah untuk menapis bahan-bahan toksik dalam
badan. Sekiranya tidak memantau tahap kesihatan dan keadaan hati, hati boleh membengkak
iaitu dikenali sebagai Hepatitis C. Proses pemantauan amnya melibatkan proses
mengambil darah untuk melihat kandungan kuman dan ultrasound scan. Namun kali
ini Dr nak buat proses gastroscopy, prosedur
untuk memeriksa kerongkongan, perut dan permulaan usus kecil dengan menggunakan
alat yang disebut gastroskop. Gastroskop mempunyai tiub panjang, nipis dan
fleksibel yang mempunyai sistem kamera dengan keupayaan untuk melakukan
prosedur seperti biopsy (pengambilan sel) di dalam perut. Proses tersebut
dimulakan dengan sedation (ubat pelali) dimana pesakit ditidurkan untuk memudahkan
proses dilakukan. Keseluruhan proses mengambil tempoh selama lebih kurang 2
hingga 3 jam sehingga selesai pesakit bangun dari tidur. Pesakit tidak
dibenarkan untuk pulang sendirian, tetapi hendaklah ditemani oleh waris kerana
kesan ubat tidur yang diberi.
Pada
hari temujanji, saya diarahkan untuk berpuasa selama 8 jam sebelum prosedur
dilakukan. Saya akur, namun pada pagi tersebut saya terminum air kopi kerana
sudah menjadi habit untuk minum kopi setiap pagi. Maka, pemeriksaan saya dibatalkan
pada hari tersebut. Saya meneruskan dengan proses pemeriksaan yang biasa iaitu
ultrasound. Keadaan hati saya normal dan tiada kesan-kesan bengkak.
Pada
hari saya dijadual semual untuk proses gastroscopy saya gak terlamabt dan
mendapat nombor selepas beberapa pesakit yang lain. Saya agak terkilan kerana
saya hanya lewat untuk beberapa saat. Namun, oleh kerana di hadapan saya ada
pesakit-pesakit yang lain, saya sempat bertanya dan mendengar punca kenapa
mereka melakukan proses gastroscopy tersebut. Kebanyakan mereka mempunyai
masalah dalam perut dan mengalami simpton-simpton seperti kembung dan sakit
hulu hati. Perbualan tersebut menyebabkan saya tertanya-tanya, kenapa saya
perlu melakukan proseduR ini? Saya terus bergegas bertanyakan pegawai yang
terlibat dan diutarakan kepada Doktor. Setelah menyemak Kembali rekod ultrasound
dan pengambilan darah saya, maka saya tidak perlu untuk melakukan proses gastroscopy
kerana hati saya berkenaan normal.
Wahh
lihat kerana kesilapan saya minum kopi dan kelewatan saya menyebabkan saya
tidak perlu melalui proses yang agak rumit tersebut. Namun, pengalaman memakai
gaun dewan bedah tidak mungkin saya lupakan.
Maka
selepas ini jika anda tersilap, terlupa atau terlewat, tenang je..lepaskan
semuanya kepada Allah yang Maha mengatur..Yakin Allah sentiasa dekat dengan
kita..Lihat semua adalah caturan Allah yang terbaik..anda mungkin sedang
diselamatkan dari sesuatu..=D
Saya ada berjumpa dengan psychiatry..Ini bukan main2 ni…
Perlu jumpa
psychiatry bila:
1. Tak boleh Tidur
2. Takde selera
makan/ terlebih selera makan
3. Emosi yang
tidak stabil
4. Rasa kesunyian
melampau
5. Menangis tanpa
sebab
Kalau nak
jumpa psychiatry, perlu referral letter..pergi sahaja mana-mana klinik, nanti
Dr akan beri referral letter tu..amat berkesan ubat ni bagi melalui kehidupan seperti
biasa
Ye saya ada Hepatitis B. Dapat dari lahir melalui ibu saya.
Jadi saya
perlu untuk checkup setiap 6 bulan untuk melihat keadaan hati saya.
Saya pernah
buat dulu, tapi lepas lama2 dah lupa nak buat.
Jadi lepas
saya buat full checkup hari tu, Dr tu terus buat referaal letter ke Hospital.
Dia kata pergi Sekarang.
Saya sangat
kagum dengan Dr2 yang sangat peka ni..Kes yang sama berlaku dengan Nuha dulu
bila dia kena Eczema.
Ok, ni
adalah rawatan yang saya perlu buat:
1. Ultrasound
2. Ambil darah
3. Masuk wayar
melalui mulut (siap kena pelali lagi yang ni)
4. Jumpa Dr.
Bahaya juga
Hep B ni sebab kalau ada hati boleh bengkak, dan menyebabkan banyak toksik
dalam badan.
Ok jadi
siapa yang ada Hep B sila2 buat follow up setiap 6 bulan ya..Kesihatan kita
sangat mahal…
Haa..mesti ramai yang nak buat passport lepas covid n ikan.. sebab border pun baru buka.
Sekarang
semua passport mestilah di buat secara online ye..tak boleh buat di imegresen.
Kita pergi ke imegresen hanya untuk pick up atau jika ada sebarang masalah seperti
cap jari, akan dikemaskini.
Jadi ini
cara-cara nak buat passport online. Korang perlu ke website imegresen…dan perlu
ada gambar passport. Boleh ambil sendiri je menggunakan apps di handphone
ye..namayna photo ID.
Tapi kena
pastikan saiz mengikut ciri-ciri yang diperlukanlah ye..
Tapi tak
perlu risau sebab kalau salah pun nanti boleh ambil balik di pejabat imegresen
tu..Jadi bila pergi ke Pejabat Imegresen tu pakai lawa2 ye..sebab nanti pegawai
tu cek kalau ada shadow ke, tak ikut spesifikasi, kena ambil balik. Dinasihatkan
kalau perempuan tu pakai selendang or pakai tudung siria sebab nak bagi Nampak kepala
semua.
Jadi, dokumen
yang perlu dibawa Ketika appointment adalah salinan bil & Salinan appointment.
Appointment perlu dibuat di sto di website imegresen juga. If tak bawa smua tu,
nnt dia soh balik juga. Diaorg nak sistem yang cepat.
Kalau
kanak-kanak bawah 13 tahun tak boleh buat online, kena buat di sana. Jadi waktu
pergi t uke bawa:
1. Passport lama
2. Salinan surat
beranak & surat beranak asal
3. Salinan IC
mak/ayah & IC betul
4. Salinan sijil
nikah & sijil nikah mak ayah
5. Backup – MyKid anak
& Salinan (baik bawa lebih, kang tak pasal2 kena balik)
Proses
semua hanya amik masa 1 jam sahaja start dari beratur di luar.
Cuma time
beratur ni kena awal sebab nanti nombor untuk satu sesi tu habis pula kan.
Ok selamat
renew passport. Pegawai tu tanya nak gi mana? Kita jawab buat dulu, nanti
senang..
Hehe…padahal
nak gi Brunei & Mekkah kan..
1. 1) Set a timer
Ini sangat berkesan untuk aktiviti-aktiviti seperti lipat baju, basuh pinggang,
iron baju. Set masa 15 min untuk basuh pinggang. Best oo..Sekejab je dah siap.
2. 2) Make us
obligable to do
Do it in front of people. Taktik ini juga sangat berkesan. Macam saya,
apabila menulis, saya akan pergi ke Café atau perpustakaan dan akan duduk di
tempat semua orang boleh melihat screen laptop saya. Jadi saya akan jadi segan
untuk buat benda2 merapu yang lain.
Tampal dekat board. Ini saya pernah buat waktu saya nak Habiskan master
dulu. Saya tampal besar-besar Supaya semua orang boleh tengok. Dari situ, saya
akan lihat hari-hari dan akan berpegang teguh dengan janji saya.
Bagitau pasangan atau kawan baik. Ini bagus kalau ada aim nak diet kan.
Cakap dengan orang yang rapat dengan kita. Maka kita akan berpegang pada janji sebab
dah bagitau orang kan.
3. 3) Smile
Smile even if you feel you don’t like it. Smile can increase the good
hormone. Ini bagus untuk naikkan semangat. Senyum je sambil buat kerja. Nanti
kita akan perlahan-lahan akan jadi semangat.
4. 4) Make a to do
list in the morning and cross it.
Perasaan apabila kita membuat checklist di pagi hari dan cross it at the
end of the day is so satisfying. Bila kita membuat checklist, maka otak kita
telah disetkan untuk membuat aktiviti tersebut. Saya akan membuat checklist sekecil2
perkara seperti bermain chess dengan Fateh, basuh bilik air,sirap pokok dan
akan memotong aktiviti tersebut apabila siap. Inga set timer bagi setiap
aktiviti yang dibuat. Kita akan cuba buat sehabis baik dan berkejar dengan
masa.
Sekarang n ikan tengah hot ramai calon sedang pulun interview untuk jawatan pensyarah. Haaa. Bolehlah nak share pengalaman walaupun temuduga pensyarah dah lebih 10 tahun dah. Hehehe…
Biasanya
akan ada 2 jenis temuduga dibuat. Yang pertama adalah temuduga face to face, biasanya
soalan dia berkisar isu semasa dan perihal diri. Bab perihal diri dia nak tahu
latar belakang kita. Jadi ini boleh terangkan serba sedikit mengenai asal usul,
pendidikan dan tempat tinggal. Yang ni kacang je kan.
Bab isu
semasa ni selalunya kena bagi pendapat, takde betul salah pun. Cuma nak tengok
sama ada kita ni ada keyakinan tak nak memberikan pendapat. Oklah just cakap je
apa yang kita rasa
Interview
ketiga adalah berkenaan mock teaching. Ini yang tricky sikt. Nak tengok
kebolehan kita bercakap dan mengajar. Panel yang interview kita tu bukannya
sama bidang dengan kita pun (boleh jadi pendaftar atau panel pengambilan kan).
Jadi input slides kita tu perlulah masukkan apa objektif perbelanjaran kita
pada hari itu. Jadikan slides tu menarik dan senang difahaami walaupun oleh
orang yang bukan bidang kita. Siapa nak contoh slides mock teaching, boleh
wjatsapp saya 0194626493 ya. Apa2 pun good luck ye..Allah akan berikan kita
tempat yang terbaik. Yang penting kita usaha dan telah cuba yang terbaik. Pengalaman
itu yang mahal tu.