Tuesday, October 25, 2022

Renew pasport 2022

Haa..mesti ramai yang nak buat passport lepas covid n ikan.. sebab border pun baru buka.

Sekarang semua passport mestilah di buat secara online ye..tak boleh buat di imegresen. Kita pergi ke imegresen hanya untuk pick up atau jika ada sebarang masalah seperti cap jari, akan dikemaskini.

Jadi ini cara-cara nak buat passport online. Korang perlu ke website imegresen…dan perlu ada gambar passport. Boleh ambil sendiri je menggunakan apps di handphone ye..namayna photo ID.

Tapi kena pastikan saiz mengikut ciri-ciri yang diperlukanlah ye..

Tapi tak perlu risau sebab kalau salah pun nanti boleh ambil balik di pejabat imegresen tu..Jadi bila pergi ke Pejabat Imegresen tu pakai lawa2 ye..sebab nanti pegawai tu cek kalau ada shadow ke, tak ikut spesifikasi, kena ambil balik. Dinasihatkan kalau perempuan tu pakai selendang or pakai tudung siria sebab nak bagi Nampak kepala semua.

Jadi, dokumen yang perlu dibawa Ketika appointment adalah salinan bil & Salinan appointment. Appointment perlu dibuat di sto di website imegresen juga. If tak bawa smua tu, nnt dia soh balik juga. Diaorg nak sistem yang cepat.

Kalau kanak-kanak bawah 13 tahun tak boleh buat online, kena buat di sana. Jadi waktu pergi t uke bawa:

1.       Passport lama

2.       Salinan surat beranak & surat beranak asal

3.       Salinan IC mak/ayah & IC betul

4.       Salinan sijil nikah & sijil nikah mak ayah

5.       Backup – MyKid anak & Salinan (baik bawa lebih, kang tak pasal2 kena balik)

Proses semua hanya amik masa 1 jam sahaja start dari beratur di luar.

Cuma time beratur ni kena awal sebab nanti nombor untuk satu sesi tu habis pula kan.

 

Ok selamat renew passport. Pegawai tu tanya nak gi mana? Kita jawab buat dulu, nanti senang..

Hehe…padahal nak gi Brunei & Mekkah kan..

No comments:

Post a Comment