Tuesday, October 11, 2022

Di mana nak Tukar duit syiling ke duit kertas ye??

 Kita biasa pandang enteng duit syiling kan. Sebenarnya kalau kita simpan sikit2, lama2 jadi bukit. Lagi2 kalau lelaki ni malas nak bawa duit syiling merata kan. Sebab kebanyakan wallet lelaki takde tempat letak duit syiling tu. Jadi kalau suami saya akan letakkan duit syiling tu dalam satu tabung. Lama-lama dan berlambak duit syiling tu. Sekarang masalahnya mana nak Tukar duit syiling tu?? Bank ada juga perkhidmatan tu, biasanya akan ada mesin yang kira. Cuma kadang-kadang mesin tu tak elok, jadi ada baiknya kita call dulu bank untuk tanya ok tak mesin tu.

Cara kedua adalah dengan tukar dekat mamak, biasanya mamak nak je..sebab diaorang banyak pelanggan kan. Diaorang nak dalam RM100 camtu. Tapi diorg taknak duit syiling 5 sen Sebab diorang kan takde jual barang akhir dengan 5 sen. Korang kena ikat duit korang tu RM10 setiap plastik. Kena campur2 50 sen, 20 sen dan 10 sen, baru diorang terima.

Last sekali cara yang paling senang adalah pergi tukar dekat speedmart. Diorang akan tolong kirakan walaupun kita dah kira dah. Diorang terima je berapa duit syiling kita nak tukar tu. Senang, lepas 1 jam nanti kitab oleh pergi collect duit kita. 

No comments:

Post a Comment