Tuesday, October 4, 2022

Islamic Financial Planner (IFP) Examination

 Islamic financial planner examination

Saya telah menduduki peperiksaan IFP (Challenge Status) pada Julai yang lepas.

Sangat tough, masa yang diperuntukkan hanyalah 2 jam setengah untuk menjawab semua soalan

Tips yang saya boleh berikan

1.       Waktu reading tu, siap2 bahagikan kertas a4 kosong kita kepada sheet skema jawpaan. Contohnya untuk cash flow, letakkan heading cash flow di atas kertas kosong tersebut. Jadi bila kita baca time reading, boleh terus letak key answer  mengikut sheet sebenar jawapan IFP. Kaedah ini sangat membantu Sebab di saart akhir, kita nak cepat, boleh jadi kita tersilap ambil nilai-nilai tertentu. Inilah gunanya masa reading tu untuk betul2 identify nilai2 bagi setiap sheet. Jot down di kertas kosong ini jugak amat membatu untuk sheet issues, task and recommendations. Tulis betul2 jawapan di kertas kosong, bila waktu menjawab nanti, terus taip sahajake dalam excel. Ini sangat menjimatkan masa.

2.       Jawab semua soalan. Tak kiralah macam mana pun, pastikan semua jawapn di jawab. Caranya adalah dengan bermain dengan masa. Oleh kerana terdapat 11 sheet yang perlu dijawab

a.       Soalan subjektif

b.       Recommendation

c.       Cash flow

d.       Net worth

e.       Zakat

f.        Tax

g.       Hajj

h.       Education

i.         Takaful/ risk assessment

j.         Retirement planning

k.       Legacy planning

Pastikan setiap 2 tugasan ini di jawab dalam masa setengah sahaja. Maknanya jika sampai net worth dah terlebih 1 jam, maka anda kena laju. Waktu menjawab tidak ada masa berfikir, hanya taip dan linkkan excel sahaja.

3.       Memang kena buat banyak latihan. Macam saya memang buat banyak kes. Saya minta dari senior, beli dari website (coursehero, scribt) Sebab ada yang pernah upload di website.

Pastikan latihan yang dibuat tua da jawpan untuk mempercepatkan kita membuat latihan. Biasanya saya praktis waktu petang lepas habis kerja atau waktu pagi2 sebelum anak-anak bangun. Buat sikit2 lama-lama jadi bukit.

 

4.       Buat discussion, kalau tak faham je, terus tanya. Saya dan kawan saya buat discussion melalui online je. Kami share screen & discuss mana sumber jawapan. Memang cepat dapat pnjelasan & elak mengantuk. Alaa jumpa sejam pun dah ok untuk bagi semangat.

5.       Pastikan charger henfon/laptop/ makanan semua tersedia waktu exam. Masa exam yang lama memerlukan telefon (digunakan sebagai kamera) untuk sentiasa di charge. Kalau boleh, letaklah power bank as backup. Makanan yang disyorkan adalah coklat dan snack bar untuk pastikan perut sentiasa penuh. Air masak tak perlu minum banyak sangat, nanti nak terkencing pula.

6.       Pencahayaan dan kedudukan meja sewaktu exam pun penting Sebab nanti invigilator nak tengok kita sepanjang masa exam. Elakkan meja kita dari menghadap matahari, nanti kamera jadi gelap. Kedudukan henfon pun penting Sebab nnt invigilator tak Nampak kedudukan kita dan laptop, dah kena ubah tempat pula. Pastikan tidak ada gangguan macam binatang peliharaan atau anak2 kecik. Saya buat exam di ofis. Cuma dinasihatkan kalau ofis kita adalah bank atau pejabat yang ada firewall, tak boleh buat di office, Sebab nanti tak boleh pula nak buka soalan Sebab ada pop up.

Saya ada banyak soalan dan jawapan IFP. Siapa nak, boleh whatsapp je saya ya 0194626493. Saya sedeqah je..tolong doakan saya dimudahkan urusan PHD dan kehidupan anak-anak saya berjaya dunia akhirat. 

No comments:

Post a Comment