Bermula bulan Disember yang lepas, saya telah mengalami sakit kepala yang kerap dan tidak hilang walaupun makan panadol beberapa biji. Namun, saya hanya abaikan. Sehinggakan bulan March yang lalu saya mengalami kegatalan yang amat sangat di telinga saya, lalu saya mengoreknya dan mendapati telinga saya berdarah. Saya letak minyak gamat, kemudian, beberapa hari kemudian, saya tidak dapat mendengar dengan baik dan telinga saya berdengung seperti air masuk ke telinga.
Saya ke klinik, diberikan antibiotik dan dinasihatkan untuk tidak mengorek telinga dengan cotton bud mahupun dengan tangan. Saya disarankan untuk membeli ear drop dari farmasi bagi membersihkan telinga. Saya kemudiannya boleh mendengar kembali. Hujung minggu tersebut, saya makan tomyam seafood. Hanya minum kuah sahaja, kemudian telinga saya gagal kembali dan saya korek kerana tidak tahan. Kemudian telinga saya kembali tidak boleh mendengar.
Sekali lagi saya ke klinik, diberikan antibiotik sekali lagi dan diminta ke farmasi membeli ubat cecair telinga bernama candid. Cari punya cari, tak jumpa satu Singapore. Hanya dapat beli ear wax solution sahaja. namun, pendengaran kembali pulih.
Bulan Ramadhan, telinga saya tidak selesa, macam mencucuk2. dan sedikit kering di kawasan luar telinga. Saya letakkan ear wax solution, tak jalan. Maka bergegaslah saya untuk berjumpa ENT. Kebetulan minggu itu kami balik Malaysia. Jadi saya mencari pakar sekitar Putrajaya, dan berjumpa dengan Dr. Sahrir Sanusi pakar ENT di KPJ Kajang Specialist Hospital. Pembantu peribadinya sangat membantu dalam menyediakan GL. Hanya perlu contact Pn. Vimala 87692874. Saya diberikan ubat cecair candid, antibiotik. Perjumpaan kedua diberikan Elomet cream bagi membersihkan bahagian luar telinga. Setiap kali perjumpaan, telinga saya disedut menggunakan alat sedutan yang sangat lembut dan selesa. Alhamdulillah, sekarang dah OK dan tak gatal .Dr cakap seafood bukan penyebab kulat. cuma bagi gatal sahaja. Yang menyebabkan kulat adalah amalan mengorek telinga menggunakan cotton bud. Wallahualam.
No comments:
Post a Comment