1. Semak keadaan cuaca untuk merancang itinerari
Membawa kanak-kanak sentiasa kena berjaga-jaga. Kalau hujan kena berpayung, risau nanti terkena demam selsema. Jadi amat penting untuk semak dulu jadual untuk pastikan keperluan yang perlu di bawa. Kalau cuaca sejuk, baju sejuk perlu disediakan. Kalau hujan, baju hujan, payung, topi, penutup stroller semua kena sedia. Kalau musim panas, kipas handy, botol air, wet tisu merupakan keperluan yang penting. Pada hari pertama kami sampai tu, hujan lebat siap dengan typhoon lagi. Jadi banyak tempat macam Palace dan subway pun tutup. Kesian nampak ramai orang pakai Hanbook nak ambil gambar di Palace tapi tak buka. Nak jalan-jalan pun tak boleh kan. Jadi, setiap pagi cek dulu cuaca ye.
2. Pengangkutan awam
Selalunya kita tengok ramai backpackers akan menggunakan subway sebagai pengangkutan utama sekitar Seoul. Tapi kebanyakan stesen subway di Seoul ni tak mesra stroller, tak ada lift. Tangganya pula, ya Ampun, tinggi sangat, kena berhenti 4 kali. Boleh bayanglah tinggi mana kan. Jadi saya nasihatkan untuk sediakan duit lebih untuk teksi. Mungkin pagi hari pergi dengan subway, balik dengan teksi je, badan dah penat, anak pun dah mengantuk. Satu lagi caranya adalah naik bas hop on and off. Selesa sangat, pusing-pusing Seoul ke tempat tarikan utama. Macam kami, first day naik bas. Masih penat lagi dengan perjalanan datang. Amat sesuai pusing-pusing berapa kali pun tak apa. Anak pun boleh tidur je dalam tu. Kebetulan hari pertama typhoon, selamat kami naik bas. Subway pun tutup.
3. Makanan Korea pedas-pedas
Anak-anak mana tahan pedas kan. Tapi saya perasaan ada juga menu yang tak pedas macam samgaetang dan bulgogi. Side dish macam seaweed, fish cake, ikan bilis pun boleh anak-anak makan. Jangan lupa ikan panggang. Memang sedap. Tapi kurang kick sebab takde air asam. Haha. Jangan lupa cuba bingsu. Anak-anak mesti suka aiskrim.
4. Subway
Boleh je nak merasai naik subway di Korea. Cari entrance yang ada lift, dan cari pintu yang ada symbol wheelchair or priory seat. Senang takyah bergaduh dengan orang kalau nak duduk atau nak sorong masuk stroller tu. Gerabak untuk priority seat ni selalunya lebih kosong.

5. Hadkan aktiviti kepada 1 atau 2 aktivit sahaja sehari
Anak-anak ni yang paling penting waktu nap dia kan. Nanti haru jadinya. Jadi sebolehnya tak perlu tergesa-gesa. Bagi masa anak untuk tidur sekejab dalam stroller atau pulang sebelum pukul 7 malam bagi mengelakkan anak terlampau penat. Macam saya, waktu malam saya akan take turn dengan suami untuk keluar shopping or makan street food without anak. Jadi bolehlah membeli dengan tenang.
6. Hangang river
Oleh kerana dah cover tarikan utama dengan naik bas hop on and off, kita boleh lari dari kesesakan bandar Seoul pada hari berikutnya. Hangang river tempat yang sangat sesuai untuk beriadah. Ada tempat basikal dan boleh naik cruise sambil bagi makan dekat burung.
7. Letak semua gambar paspot, alamat, itinerari flight, itinerary perancangan dalam henfon
Ini amat penting sebab kalau boleh kita mahu minimum kekalutan nak buka paspot terutamanya bila kita nak isi borang.
8. Gunakan kemudahan priority sebaiknya
Memandangkan kita membawa anak kecil, maka banyak kemudahan-kemudahan yang mengutamakan anak kecil seperti beratur ketika di imegresen. Kadang kala pegawai lupa untuk mempelawa. Jadi kita kena lebih berinisiatif, kena rajin bertanya. Dalam train juga kita kena cari kawasan yang memang khas untuk keluarga. Caranya, semasa menunggu cari logo wheelchair. Ini akan membantu terutamanya bila kita bawa stroller. Gerabak wheelchair lebih besar dan mempunyai ruang khas untuk meletak wheelchair.
9. Planning
Zaid Mohammad, seorang perunding keibubapaan pernah menyuarakan yang setia tahun, keluarga perlulah meluangkan masa untuk pergi bercuti. Jadikan perancangan atau planning antara aktivti keluarga juga. Berikan tugasan kepada ahli keluarga untuk mengantur itinerary percutian. Perancangan pun dah buat hati gembira. Ceritakan kepada anak-anak yang masih kecil mengeni trip yg kita akan pergi. Bagitau kita akan naik kapal terbang selama 6 jam. Pergi tempat yang baru. Anak-anak akan jadi sangat teruja!
No comments:
Post a Comment