Tuesday, September 24, 2019

Pengangkutan awam di Singapura

Pengangkutan awam sangat efisien di Singapura. Antara yang kita boleh pelajari adalah:

1) Terdapat papan tanda menunjukkan masa ketibaan bas dan nombor bas yang akan tiba di stesen bas tertentu. Jadi kita boleh merancang perjalanan kita dan memastikan bas mana yang akan tiba dulu untuk membolehkan kita sampai ke destinasi dengan pantas. Sekiranya tiada papan tanda, kita juga boleh menyemak masa ketibaan bas dengan menggunakan aplikasi mobile. Sangat senang dan menjimatkan masa.


2) Mobile apps juga membantu kita untuk mengetahui berapa tempat duduk lagi available untuk bas yang seterusnya dan jenis apakah bas itu. Sama ada bas double decker atau bas satu tingkat. Untuk bas satu tingkat pula, terdapat makluman berapa tempat kosong di tingakat atas.


3) Teksi pun tak kurang efektif. Bagi teksi yang sudah tamat operasi atau sudah hendak pulang ke rumah atau pusat teksi, akan terdapat papan tanda di atas teksi menyatakan destinasi terakhir. Jadi senang lah bagi penumpang. Tak delah berasa hampa bila teksi taknak hantar ke destinasi yang kita nak.


4) Pelbagai jenis cara pembayaran. Selain tunai, pelanggan boleh mebayar melalui NETS, debit card atau credit card.

No comments:

Post a Comment