Kami telah pergi kesemuanya! Memang berbaloi-baloi. Kami telah membeli Annual Pass untuk kesemua pas yang membolehkan kami pergi kesemua keemapt-empat park tanpa had selama setahun. Berikut merupakan tips yang saya boleh kongsikan:
1) Jangan lepaskan peluang untuk melihat performance/persembahan.
Saya memang sangat kagum dengan persembahan di kesemua park. Memang sangat awesome dan sangat menakjubkan. Kalau dibandingkan dengan zoo di Malaysia, persembahan di sini lebih teratur, bersih dan menarik. Saya pernah lihat persembahan di Zoo Negara Malaysia, menarik juga.
2) Sila bawa kipas kecil, topi dan spek
Cuaca di Singapore memang panas, macam di Malaysia juga. Jadi memang basah juga ketiak nak dduk satu hari di situ. Jadi perlulah bawa botol air (water cooler ada di mana-mana, boleh refill) atau boleh bawa air sejuk.
3) Tempat untuk berehat yang dingin (ada kipas) ada di seluruh kawasan
Ada banyak tempat untuk melepaskan lelah. Kadang-kadang ada tempat untuk membeli air minuman, makanan ringan macam pizza atau air sejuk di sekitar kawasan zoo.
4) Cubalah pengalaman menaiki tram
Tram dilengkapi dengan suara tour guide. Jadi sangat informatif. Tram juga boleh dinaiki beberapa kali tanpa had. Jadi boleh je, nak stay atas tram tu nak pusing-pusing park.

5)Ada kawasan mandi di Singapore Zoo & Jurong Birk Park
Kanak-kanak bolehlah mandi (sila bawa baju mandi) kawasan sangat lapang, ada taman permainan, bilik air, kawasan redup untuk ibu bapa berehat
No comments:
Post a Comment