NLB Mobile sangat bagus. Boleh tengok bila due date buku kita, berapa buku yang dipinjam dan juga boleh search buku yang kita minat. Jadi sebelum nak beli buku, search dulu kot2 ada dekat library, boleh pinjam je. Kita boleh tahu dekat library mana buku tu ada. Kalau jauh atau masih orang pinjam, kita boleh reserve dengan bayaran $1.55 dan kita boleh pilih library mana yang kita nak pick up buku tu nanti. Saya rasa terdapat lebih 30 buah library (National Library Board) di sekitar Singapore ni. Untuk pick up buku yang dah direserve tu, ada satu kotak khas, kita scan kad kita maka terus buka kotak tu. Tak payah susah-susah nak pi cari kat dalam.

2. Kempen membaca
Saya amat suka yang ini, sebab dapat free gift. hehe. Contohnya pernah diadakan kempen membaca buku bahasa ibunda seperti bahasa melayu, mandarin dan tamil. Bagi setiap 5 buku yang dipinjam akan dapat 1 free gift. Saya pernah dapat buku, beg kanvas dan fail. Sangat menarik. Selain tu, macam biasalah ada aktiviti-aktivit macam storytelling, kelas-kelas macam kelas belajar perisian komputer dan lain-lain.
3. Had pinjaman buku
Nak tahu boleh pinjam sampai berapa buku? Biasanya dalam 16 buku. Waktu-waktu yang lain, macam cuti sekolah or public holiday boleh pinjam sampai 28 buku untuk satu kad tau. Tempoh pinjaman pula sekali pinjam 3 minggu. Boleh extend lagi tu. Guna je mobile apps. Senang semua di hujung jari. Majalah pun boleh pinjam tau. Yang terkini pun bole pinjam. MasyaAllah sangat seronok
4. Rak untuk menderma buku
Ini pun satu insiatif yang bagus. Buku-buku kita yang lama boleh je diletakkan di rak di luar library ni. Buku-buku yang diletakkan pun kebanyakannya masih baru dan elok. Saya pernah ambil, kalau beli mahu satu buku RM20 juga. Buku kanak-kanak, novel, buku rujukan, semua boleh letak.

5. Lokasi perpustakaan
Ada banyak juga perpustakaan yang terletak di dalam pasaraya! Jangan terkejut. Mungkin faktor tanah yang terhad juga, tapi saya rasa sangat bagus. Alang-alang nak pi beli cili, boleh singgat library sat pinjam buku. Perpustakaan yang lain semua dekat-dekat je dengan rumah. Macam rumah kami ni, memang boleh naik basikal je pergi library. Ada juga perpustakaan yang terletak di Community Centre yang menempatkan juga kedai makan, taman permainan, indoor games. Bukan budak-bukdak, mak budak pun teruja juga.