Saya merupakan penghidap Hepatitis B. Saya dapat dari ibu saya dari proses kelahiran. Namun, kuman di hati saya tidur dan tidak aktif. Kesan dari Hepatitis B ni saya tak boleh derma darah dan tak boleh makan suplemen atau jamu selain dari ubat dari hospital. Ini kerana ubat-ubat tambahan tersebut boleh menyebabkan hati saya bekerja lebih keras. Selain itu, setiap 6 bulan, saya perlu lakukan rawatan susulan bagi melihat keadaan hati saya, sama ada kuman sudah “bangun dari tidur” atau keadaan hati yang membengkak.
Tugas hati yang utama adalah untuk menapis bahan-bahan toksik dalam
badan. Sekiranya tidak memantau tahap kesihatan dan keadaan hati, hati boleh membengkak
iaitu dikenali sebagai Hepatitis C. Proses pemantauan amnya melibatkan proses
mengambil darah untuk melihat kandungan kuman dan ultrasound scan. Namun kali
ini Dr nak buat proses gastroscopy, prosedur
untuk memeriksa kerongkongan, perut dan permulaan usus kecil dengan menggunakan
alat yang disebut gastroskop. Gastroskop mempunyai tiub panjang, nipis dan
fleksibel yang mempunyai sistem kamera dengan keupayaan untuk melakukan
prosedur seperti biopsy (pengambilan sel) di dalam perut. Proses tersebut
dimulakan dengan sedation (ubat pelali) dimana pesakit ditidurkan untuk memudahkan
proses dilakukan. Keseluruhan proses mengambil tempoh selama lebih kurang 2
hingga 3 jam sehingga selesai pesakit bangun dari tidur. Pesakit tidak
dibenarkan untuk pulang sendirian, tetapi hendaklah ditemani oleh waris kerana
kesan ubat tidur yang diberi.
Pada
hari temujanji, saya diarahkan untuk berpuasa selama 8 jam sebelum prosedur
dilakukan. Saya akur, namun pada pagi tersebut saya terminum air kopi kerana
sudah menjadi habit untuk minum kopi setiap pagi. Maka, pemeriksaan saya dibatalkan
pada hari tersebut. Saya meneruskan dengan proses pemeriksaan yang biasa iaitu
ultrasound. Keadaan hati saya normal dan tiada kesan-kesan bengkak.
Pada
hari saya dijadual semual untuk proses gastroscopy saya gak terlamabt dan
mendapat nombor selepas beberapa pesakit yang lain. Saya agak terkilan kerana
saya hanya lewat untuk beberapa saat. Namun, oleh kerana di hadapan saya ada
pesakit-pesakit yang lain, saya sempat bertanya dan mendengar punca kenapa
mereka melakukan proses gastroscopy tersebut. Kebanyakan mereka mempunyai
masalah dalam perut dan mengalami simpton-simpton seperti kembung dan sakit
hulu hati. Perbualan tersebut menyebabkan saya tertanya-tanya, kenapa saya
perlu melakukan proseduR ini? Saya terus bergegas bertanyakan pegawai yang
terlibat dan diutarakan kepada Doktor. Setelah menyemak Kembali rekod ultrasound
dan pengambilan darah saya, maka saya tidak perlu untuk melakukan proses gastroscopy
kerana hati saya berkenaan normal.
Wahh
lihat kerana kesilapan saya minum kopi dan kelewatan saya menyebabkan saya
tidak perlu melalui proses yang agak rumit tersebut. Namun, pengalaman memakai
gaun dewan bedah tidak mungkin saya lupakan.
Maka
selepas ini jika anda tersilap, terlupa atau terlewat, tenang je..lepaskan
semuanya kepada Allah yang Maha mengatur..Yakin Allah sentiasa dekat dengan
kita..Lihat semua adalah caturan Allah yang terbaik..anda mungkin sedang
diselamatkan dari sesuatu..=D