Islamic
financial planner examination
Saya telah
menduduki peperiksaan IFP (Challenge Status) pada Julai yang lepas.
Sangat
tough, masa yang diperuntukkan hanyalah 2 jam setengah untuk menjawab semua
soalan
Tips yang
saya boleh berikan
1. Waktu reading
tu, siap2 bahagikan kertas a4 kosong kita kepada sheet skema jawpaan. Contohnya
untuk cash flow, letakkan heading cash flow di atas kertas kosong tersebut.
Jadi bila kita baca time reading, boleh terus letak key answer mengikut sheet sebenar jawapan IFP. Kaedah
ini sangat membantu Sebab di saart akhir, kita nak cepat, boleh jadi kita
tersilap ambil nilai-nilai tertentu. Inilah gunanya masa reading tu untuk
betul2 identify nilai2 bagi setiap sheet. Jot down di kertas kosong ini jugak
amat membatu untuk sheet issues, task and recommendations. Tulis betul2 jawapan
di kertas kosong, bila waktu menjawab nanti, terus taip sahajake dalam excel.
Ini sangat menjimatkan masa.
2. Jawab semua
soalan. Tak kiralah macam mana pun, pastikan semua jawapn di jawab. Caranya
adalah dengan bermain dengan masa. Oleh kerana terdapat 11 sheet yang perlu dijawab
a. Soalan
subjektif
b. Recommendation
c. Cash flow
d. Net worth
e. Zakat
f.
Tax
g. Hajj
h. Education
i.
Takaful/ risk assessment
j.
Retirement planning
k. Legacy planning
Pastikan
setiap 2 tugasan ini di jawab dalam masa setengah sahaja. Maknanya jika sampai
net worth dah terlebih 1 jam, maka anda kena laju. Waktu menjawab tidak ada
masa berfikir, hanya taip dan linkkan excel sahaja.
3. Memang kena
buat banyak latihan. Macam saya memang buat banyak kes. Saya minta dari senior,
beli dari website (coursehero, scribt) Sebab ada yang pernah upload di website.
Pastikan latihan yang dibuat tua da jawpan untuk mempercepatkan kita
membuat latihan. Biasanya saya praktis waktu petang lepas habis kerja atau
waktu pagi2 sebelum anak-anak bangun. Buat sikit2 lama-lama jadi bukit.
4. Buat discussion,
kalau tak faham je, terus tanya. Saya dan kawan saya buat discussion melalui
online je. Kami share screen & discuss mana sumber jawapan. Memang cepat
dapat pnjelasan & elak mengantuk. Alaa jumpa sejam pun dah ok untuk bagi
semangat.
5. Pastikan
charger henfon/laptop/ makanan semua tersedia waktu exam. Masa exam yang lama
memerlukan telefon (digunakan sebagai kamera) untuk sentiasa di charge. Kalau
boleh, letaklah power bank as backup. Makanan yang disyorkan adalah coklat dan
snack bar untuk pastikan perut sentiasa penuh. Air masak tak perlu minum banyak
sangat, nanti nak terkencing pula.
6. Pencahayaan dan
kedudukan meja sewaktu exam pun penting Sebab nanti invigilator nak tengok kita
sepanjang masa exam. Elakkan meja kita dari menghadap matahari, nanti kamera
jadi gelap. Kedudukan henfon pun penting Sebab nnt invigilator tak Nampak kedudukan
kita dan laptop, dah kena ubah tempat pula. Pastikan tidak ada gangguan macam
binatang peliharaan atau anak2 kecik. Saya buat exam di ofis. Cuma dinasihatkan
kalau ofis kita adalah bank atau pejabat yang ada firewall, tak boleh buat di
office, Sebab nanti tak boleh pula nak buka soalan Sebab ada pop up.
Saya ada
banyak soalan dan jawapan IFP. Siapa nak, boleh whatsapp je saya ya 0194626493.
Saya sedeqah je..tolong doakan saya dimudahkan urusan PHD dan kehidupan anak-anak
saya berjaya dunia akhirat.