Tuesday, July 13, 2021

Covid 19 - Jurang pendidikan yang perlu diperhalusi

Proses pembelajaran dan pelajaran di rumah (pdPr) telang berlangsung hampir 3 bulan di rumah. Walaupun telah melaluinya pada fasa yang lepas, namun pdPR kali ini dirasakan berbeza kerana tuntutan kerja ibu bapa semakin bertambag berikutan kebanyakan dari organisasi pekerjaan sudah menyesuaikan diri kepada era dalam talian. Maka, kebanyakan ibu bapa mengalami kesukaran untuk memeberikan tumpuan yang lebih baik kepada proses pembelajaran anak-anak.

 

            Namun, di saat gemelut ibu bapa, terdapat segelintir pelajar yang didapati terjejas teruk dengan proses pembelajaran dalam talian ini. Pelajar dari keluarga B40 khususnya mengalami kesukaran untuk memberikan tumpuan di dalam pembelajaran disebabkan beberapa faktor iaitu faktor fasiliti dan sokongan ibu bapa. Faktor fasiliti merupakan faktor utama di mana kebanyakan para pelajar tidak memiliki telefon pintar apatah lagi kemudahan komputer bagi memudahkan proses pembelajaran atas talian. Tidak dapat dinafikan pembelajaran menggunakan komputer atau komputer riba adalah jauh lebih baik dari menggunakan telefon pintar dalam memahami pembelajaran. Malah ada segelintir pelajar yang terpaksa berkongsi telefon pintar dengan ibu bapa dan adik beradik yang lain. Ini menjadikan proses pembelajaran menjadi lebih rumit da sukar untuk menumpukan perhatian. Ketiadaan kemudahan internet yang baik juga menyukarkan pelajar untuk terus memberikan tumpuan kerana gangguan data yang terhad. Di samping itu, keadaan rumah juga amat memainkan peranan dalam memastikan proses pdpr berjalan lancr. Rumah yang sempit dan mempunyai ramai ahli akan mengekang anak-anak untuk memberikan tumpuan sepenuhnya di dalam kelas.

 

Saban hari semakin banyak rungutan yang diterima oleh ibu bapa dalam menguruskan anak-anak dalam proses pembelajaran dan pengajaran di rumah (pdpr). Ada di antara mereka yang mempunyai kekangan masa untuk membentu anak-anak dan ada juga mengalami kesukaran untuk mengajar anak-anak terutamanya kursus-kursus yang memerlukan kemahiran khusus seperti bahasa arab dan subjek-subjek agama yang lain. Sejauh mana ibu bapa dapat memberikan sokongan kepada pra pelajar terutama yang bekerja di pejabat dan menghantar anak-anak ke pusat asuhan.  

Kesannya, jurang pendidikan akan menjadi lebih besar. Pelajar yang berkemampuan akan terus ke hadapan dan mengungguli pencapaian di dalam kelas. Namun lebih ramai pelajar yang akan ketinggalan. Golongan ini akan mengalami kesukaran untuk keluar dari kemelut kesusahan kerana perkara asas pendidikan tidak dapt dikuasai dengan baik. Kesannya, ekonomi keluarga akan tidak dapat ditingkatkan kerana anak-anak tidak mendapat pekerjaan yang baik bagi membantu ibu bapa. Malah lebih menggusarkan masalah sosial juga semakin meningkat. Kehadiran ramai ahli keluarga di dalam sesebuah rumah akan membuka jalan-jalan kepada masalah rumah tangga, penderaan, penceraian dan sumbang mahram. Ini semua berbalik kepada didikan agama yang telah diterapkan kepada anak-anak sejak mereka kecil. Kepincangan di dalam rumah tangga ini bukanlah suatu perkara yang baru, namun kewujudan pandemic ini membuka lagi pekung di dada.

 

Penyelesaian kepada isu ini perlu dilihat dan diambilkira oleh banyak pihak. Namun, suka untuk saya mengetengahkan usaha dan tindakan yang perlu diambil oleh individu termasuk diri saya sendiri. Kita tidak boleh mengubah perkara ini dengan desakan orang lain. Tugas saya sebagai ibu bapa adalah dengan menghormati usaha murni guru-guru yang penuh jerih menyediakan yang terbaik kepada anak-anak muridnya. Di samping mengajar, perlu diingatkan yang guru-guru ini ada anak-anak yang Perlu dikendalikan di rumah. Pada hemat saya, tidak perlu ditambah bebanan guru-guru ini dengan persoalan atau rungutan yang tidak membawa kepada apa-apa penambahbaikan. Jika tidak mampu siapkan kerja rumah yang diberi, selagi mana ianya tidak menganggu proses pembelajara, tidak mengapa untuk tidak menyiapkannya. Ibu bapa perlu memberikan sokongan kepada anak-anak untuk mencuba yang terdaya di saat ini. Ibu bapa perlu mendisplinkan anak-anak agar dapat mengikuti, sebahagian kelas. Jika tidak mampu ikuti semua, Jangan tinggal kesemuanya. Ini penting agar guru-gur tahu kewujudan pelajar tersebut.  Ibu bapa tidak perlu terlampau tertekan sekiranya anak-anak tidak mengikuti pembelajaran sepenuhnya. Pembelajaran itu sifatnya santai dan seronok. Selain itu, saya beranggap itu bukanlah suatu bentuk pendidikan yang baik.

 

Bagi tanggujwab sebagai pendidik, empati yang tinggi perlu diterapkan. Letakkan diri kita di pihak pelajar-pelajar. Beri kerja sewajarnya dan berikan kata motivasi yang berterusan agar anak-anak terus bersemangat untuk ke kelas. Sekiranya didapati ada anak-anak yang keciciran, berikan sedikit masa untuk bertanya khabar dan menghulurkan bantuan. Saya sangat percaya, dengan perhatian para guru, anak-anak ini akan tertarik dan akan kembali semula ke kelas. Malah, ibu bapa pelajar ini juga boleh dihubungi untuk menunjukkan keperihatinan kita. Sedikit cakna kita ini mampu memberikan impak yang besar kepada ibu bapa yang bekerja dan tidak mampu untuk memberikan perhatian sepenuhnya kepada anak-anak mereka.

 

Ketiga tugas sebagai penjawat awam yang tidak terkesa gajinya dek kerana pendemik wajar untuk diperhalusi. Kita mempunyai tanggungjawab yang besar dalam menyumbang kepada kelancaran pendidikan. Sumbangan boleh diberi kepada badan bukan kerajaan dan PIBG sekolah yang banyak bekerjasama untuk membantu pelajar tanpa gajet. Pembelajaran dengan telefon pintar berbanding komputer pastinya berbeza. Sumbanglah sebanyak yang boleh, saya pasti setiap sumbangan itu akan mengalir semula kepada kita sebagai saham akhirat dan keberkatan di dunia. Seperkara lagi yang wajar dibangkitkan, walaupun kita tidak lagi menghantar anak-anak ke pusat jagaan atau taska, berilah sumbangan seadanya agar perniagaan mereka dapat diteruskan. Saban hari, kita mendengar lebih banyak pusat jagaan dan taska yang terpaksa ditutup kerana tidak mampu menampung perbelanjaan terutamanya sewa dan gaji guru-guru. Walau sebahagian kecil gaji penjawat awam telah dipotong, namun kesannya tidaklah begitu ketara.

 

Tanggungjawab sebagai masyarakat, saya perlu memberikan sokongan penuh kepada badan-badan bukan kerajaan yang sanggup turun padang untuk memberikan bantuan. Saya sendiri mungkin tidak mampu untuk memberikan bantuan secara langsung dek kerana Batasan waktu dan tenaga. Berikan bantuan sebanyak yang mungkin, dalam bentuk apa pun, wang mahupun sokongan moral. Semua orang memerlukan kata-kata semangat untuk terus melangkah dan menjaga diri masing-masing.

 

Di saat ini, apa yang sepatutnya di benak kita adalah untuk memberi sebanyak-banyaknya. Usah menunding jari, semua bermula dari kita. Jadilah ibu bapa yang mengambil berat, jiran yang cakna, guru yang bertimbang rasa dan masyarakat yang prihatin. Setiap amal kebajikan perlu dimulakan dengan niat dan azam, maka laluan-laluan untuk kita menyumbang itu akan datang dan dimudahkan. Kita tidak tahu ajal umur kita setakat mana. Gunakan masa yang berbaki untuk menjadi manusia yang berguna kepada orang lain.

 

Saya akhiri nukilan ini dengan kisah seekor burung pipit dan peristiwa Nabi Ibrahim dibakar. Sebaik melihat peristiwa tersebut, burung pipit ini terus terbang berulang-alik mencari air. Burung kecil itu menyedut dan mengisi air di dalam paruhnya lalu dilepaskannya ke atas unggun api yang membakar Nabi Ibrahim a.s. Itulah yang dilakukannya berulang-ulang kali, sehinggalah Nabi Ibrahim a.s. dikeluarkan daripada api. Perbuatan burung kecil itu diperhatikan oleh makhluk Allah yang lain, lantas ditanya kpd burung kecil itu, "Mengapakah kamu bersusah-payah berulang-alik mengambil air, sedangkan kamu tahu api besar yang membakar Nabi Ibrahim takkan terpadam dengan sedikit air yang kamu siramkan itu?" Lalu dijawab oleh burung kecil, "Walaupun aku tahu aku tidak berupaya memadam api tersebut, namun aku mesti berusaha untuk menegakkan kebenaran atas kemampuan yang terdaya oleh diriku sendiri, Allah tidak akan bertanya sama ada aku berjaya memadamkan api itu ataupun tidak! Tapi yang menjadi persoalan,apakah usahaku mencegah kemungkaran.

Maka, di benak kita tidak mungkin untuk menyelesaikan semua masalah dunia. Namun, kita harus memainkan peranan kita di atas kapasiti kita sebagai ibu bapa, pendidik, penjawat awam dan ahli masyarakat. Allah tidak lihat hasilnya tetapi lihat usaha kita.

 

 

Saturday, July 3, 2021

Terima kasih semua!

 

1. Tengku Melati Tengku Sri Indra

Ya Allah saya akan sentiasa mendoakan kesejahteraan Melati sekeluarga. Saya baru 2-3 hari tiba di Singapura. Fateh baru mula bersekolah di sekolah baru. Saya sangat bingung, penat, takut dan belum settledown sepenuhnya lagi. Melati adalah orang pertama yang ditegur suami saya bila dia tiba di sekolah Fateh untuk mendaftar Fateh. Melati juga orang pertama yang mengambil nombor saya. Beliau ingin menjemput beliau ke rumahnya bagi Kelas Ugama setiap Ahad. MashaAllah! Sangat mesra, sangat merendah diri, sangat pandai mengambil hati orang, saya sangat kagum dengan jiwa yang sangat indah ini. Tutur katanya sangat baik, keluarganya sangat baik dan saya tahu Melati merupakan seorang yang berpendidikan tinggi dan dari golongan atasan. Saya juga dimaklumkan sekiranya ad akelas-kelas agama di sekitar Kawasan kediaman kami. Melati sangat memahami dan membantu, lagi-lagi anak kami bersekolah yang sama.

2. Encik Yazid

Encik Yazid merupakan pegawai penyelia di Kawasan kediaman rumah kami. Sangat baik, peramah dengan anak-anak dan sangat membantu dalam hal-hal kejiranan.

3. Kak Ima (Huzaimah binti)

Kami jumpa Kak Ima di masjid setiap hari Khamis, sewaktu ada bacaan Yassin. Beliau sangat mesra dan memahami situasi saya yang ada anak kecil. Seringkali beliau bawa makanan kepada anak-anak saya.

4. Kak Rosalinda

Sangat mesra. Saya tidak mengenali pun beliau pada mulanya. Saya kenal dengan Mariam anaknya dahulu. Saya minta tolong beliau untuk menjaga anak-anak saya ketika solat. Sangat sopan, sangat manis dan mesa kanak-kanak

5. Huda (a.k.a. mak Zaid)

 

Perancangan untuk sambung PHD-hendak seribu daya


-          Kursus

Saya beberapa kali ke Kuala Lumpur untuk menghadiri kursus seperti kursus menyediakan proposal, kursus systematic literature review dan kursus Mendeley dan ATLAS Ti. Memang banyak duit habis dan terpaksa berkorban cuti hujung minggu. Yang penting adalah keizinan dan kerelaan suami untuk menjaga anak-anak ketika saya menghadiri Kursus. Pernah beberapa kali saya seorang diri menaiki bas ekspress ke Kuala Lumpur. Ada juga saya dan keluarga merentas Selat Tebrau ke Johor dah mereka tinggal di rumah mak mertua di Skudai.

 

-          Duit banyak yang diperlukan

Biasalah proses melakukan penyelidikan memerlukan duit yang banyak. Pengangkutan, makanan, kursus, membeli bahan, material, software, alat teknologi.

Kunjungan umi dan adik-adik ke Kota Singa

Selamat Hari Raya Aidil Adha!

 

Tahun ni tahun kedua beraya Aidil Adha di Singapura. Bukan taknak balik, tapi ramai sangat orang nak masuk Malaysia cuti raya minggu lepas. Memandangkan cuti panjang sekali Independence Day, dengarnya jem dekat imegresen sahaja dekat 5 jam💆‍♀️Tapi takpe, Atok, Nenek, Maklong, Achik ,Bucu, sepupu Fateh datang beraya sini, siap bawa ketupat rendang & daging korban lagi..hehehe

 

Korban di Singapura tak sama macam Malaysia. Berdasarkan hak perlindungan binatang & undang2, penyembelihan secara terbuka tak boleh dibuat. Sistem saliran mesti disediakan dan mestilah dibersihkan sebaiknya. Suami pernah join team korban tahun lepas. Siap ada meeting macam mana nak agihkan tugas seminggu sebelum korban. Biri-biri diimport dari Australia dan diletakkan di bawah khemas dan ditutup. Pelik betul, bunyi pun tak dengar, bau je boleh dikesan hahahaha.🙊 Biri-biri ni disembelih di atas katil bedah/sink yang dipasang khas dan darahnya terus dialirkan, bukan ke tanah. Orang ramai tak boleh tengok pun biri-biri ni disembelih, hanya yang buat korban je boleh tengok, tu pun time biri2 dia je...jadi suasana raya korban dekat sini memang tak meriah, tak boleh tengok lembu!..emmm..

 

Bulan ni juga bulan merdeka sama macam negara kita. Bendera dah berkibaran lama dah. Cuma yang seronok kami dapat tag dekat pintu rumah dari jiran, "Thank you for being my Goood Neighbour!👍

Sempadan 2 negara

Saya kerap pulang ke tanah air, sama ada dengan kereta, kapal terbang, bas ekspress, kereta sewa mahupun dengan kereta api.

Berikut diberikan tips-tips untuk menyeberang 2 negara ini mengikut jenis kenderaan dan aplikasi yang dapat membantu memudahkan perjalanan anda.

1. Kereta

Pastikan tiada bahan terlarang yang di bawa seperti bahan mentah dan rokok yang terlampau banyak, nanti kastam akan mencurigai dan akan mensyakki anda hendak berniaga pula. Paspot semua penumpang mestilah tersedia. Kereta yang memasuki Singapura memerlukan Autopass (seakan-akan Touch N Go di Malaysia) Boleh didapati dari pejabat di CIQ Singapura. Perlu berhati-hati kerana kereta terlampau banyak, dikhuatiri boleh terlepas dan ini boleh menyebabkan anda mungkin dedenda.

2. Kereta api

Lawati laman web keretapi tanah melayu atau easy booking. Tiket dari Malaysia ke Singapura adalah RM5 manakala tiket dari Singapura ke Malaysia adalah $5. Sangat mudah dan tak perlu turun angkat barang kerana tempat kedua-dua imegresen adalah di tempat yang sama. Namun tiket cepat habis. Perlu beli sebulan lebih awal. Pastikan nama dan nombor IC penumpang adalah tepat. Biasanya tiket pagi (5-8am) dan petang (5-6pm) memang cepat habis. Petang Jumaat dari Singapura ke Malaysia dan Ahad dari Malaysia ke Singapura pun cepat habis. Orang Singapura ni suka sangat ke Malaysia. Ye lah tahu murahhh

3. Kapal terbang

Kos bagi penerbangan kapal terbang bermula semurah RM80 hingga RM200 satuhala. Sangat menghairankan ramia sungguh orang ke dan dari Singapura. Mungkin kerana kerja atau hanya untuk makan angin. Perjalan melalui udara memakan masa hanya satu jam di mana tiada makanan akan disediakan di dalam pesawat. Apa yang lebih menarik ada penerbangan terus dari Ipoh dan Pulau Pinang ke Singapura.

4. Kereta sewa

Kos sekali perjalanan adalah $70-80. Pilihan ini bagus sekiranya penumpang adalah dalam 7 hingga 8 orang. Ini kerana kenderaan yang digunakan adalah 7 seater seperti Starex dan Hyundai XXX. Memang sangat selesa. Tak perlu kepenatan mengharung jem sekiranya memandu sendiri. Boleh tidur dan berehat didalam kereta.

5. Bas ekspress

Mudah sahaja untuk membeli bas ekspress. Hanya perlu ke laman web seperti easybooking, bas ekspress dan memebeli online. Bayarannya adalah bermula $10 hingga $60 satu hala. Selsa tapi perlu beratur dan menurunkan beg sendiri di imegresen ke Malaysia. Kebanyakan bas ekspress adalah dari Malaysia. Tempat untuk naik bas ada belbagai tempat. Hanya perlu pilih sahaja mengikut kesesuaian.

6. Bas biasa

Pelbagai jenis bas menawarkan khidmat merentasi 2 negara ini. Dari bas kilang, bas . Tambang adalah RMXX sehala. Tapi yang lecehnya kena turun naik bas sebanyak 2 kali lah. Satu di imegresen Malaysia, satu di imegresen Singapura. Kena beratur lagi. Jadi pilihan ni tidak sesuai untuk yang mempunyai anak kecil dan orang tua

Percutian ke pulau batam-destinasi percutian terdekat dr Sgpore

 

Batam terletak sangat dengan Singapura. Mengambil masa hanya 1 jam perjalanan feri. Saya rasa tiada jenis pengangkutan lain ke Batam, hanya jalan laut sahaja. Antara jeti yang boleh digunankan untuk ke Batam adalah Harbour Front dan Tanah Merah. Nanti feri akan ke Batam Centre atau Harbour di Batam. Keadaan ekonomi di Batam amat sederhana, tertumpu kepada sektor perlancongan. Antara perniagaan yang pesat adalah pusat urut, restoren seafood, hotel dan shopping complex. Itulah tujuan utama pelancong dari Singapura dan Malaysia ke Batam.

Dari segi keselamtan, Batam tidaklah begitu selamat. Terdapat kes kecurian di kalangan pelancong terutamanya di Kawasan pasar yang ramai orang. Pelancong juga sering ditipu unutk mendapatkan keuntungan segera terutama oleh pemandu teksi dan restoren-restoren yang menjadi tempat tumpuan pelancong. Jangan terkejut, Grab di sini amat terhad memandangkan pemandu teksi di sini amat berkuasa dan berlaku pergaduhan antara teksi dan Grab.

Percutian kami amatlah singkat 2 hari 1 malam sahaja. Namun ada beberapa perkara yang saya boleh syorkan. Pertama, mesti cuba makan makanan laut yang segar, sedap dam masih murah jika dibandingkan dengan di Singapura. Pelbagai jenis makanan laut yang boleh dipilih, ketam, ikan, sotong, udang, kepah. Pilih sahaja mahu yang mana dan cara masakan yang bagaimana. Pasti menjilat jari. Aktiviti kedua yang saya syorkan adalah pergi spa dan berurut serta skrub badan. Sangat seronok dan puas hati. Memakan masa lebih kurang 2 jam, khidmat spa dan urut juga boleh dilakukan di bilik hotel. Sangat murah di bawah RM100 sahaja. Dari segi shopping pula, saya tidaklah gemar bershopping. Tapi biasanya apa yang pelancong bawa pulang adalah kuih lapis Batam. Bagi saya sama sahaja macam kuih lapis Kuching. Hrga seketul dalam RM50. Agak mahal berbanding yang di Kuching kan.

Al Kisah tadika Fateh

Pencarian sekolah Fateh mengambil masa. Akhirnya Kampung Siglap Mosque Kindergarten menerima Fateh walaupun Fateh masuk pada bulan 8. Tadika di bahagikan mengikut umur nursery untuk 4 tahun, K1 untuk 5 tahun dan K2 untuk 6 tahun.

1) For parents who care (Komunikasi 2 hala dari pihak pentadbiran kepada ibu bapa)

Setiap 2 minggu, pengetua, Puan Hadija akan menyediakan sehelai perancangan pelajaran bagi tempoh 2 minggu akan datang. Isi kandungan merangkumi language & literacy, numeracy, art & craft, little huffaz and discocvery of new world. Bagi saya, informasi seperti ini amat berguna bagi ibu bapa bersedia dan menyediakan anak-anak mereka ke sekolah. Contohnya bagi littlehufaz, ibu ayah dapat berlatih membaca surah tersebut di rumah.

2) Fruit day

Setiap hari Khamis, para pelajar di minta untuk membawa bekal sendiri di mana makanan yang di bawa mestilah mengandungi buah-buahan. Ini untuk menggalakkan anak-anak untuk sukakan makan buah dan berkongsi makanan dengan kawan-kawan.

3) Show and Tell

Ini juga benda yang sangat menarik sebab kanak-kanak akan bawaa sesuatu ke kelas dan bercerita dan berkongsi dengan kawan-kawan. Ini dapat memupuk sifat berani dan mengasah bakat bercakap di depan. Fateh bersemangat nak lukis sesuatu di rumah dan bawa ke sekolah. Cikgu cerita pelajar ni berebut nak bercakap di depan.

4) Class pet

Setiap kelas akan menjaga seekot binatang peliharaan. Sebelum ini, di nursery, kelas Fateh ada terrapin atau labi-labi. Setiap pelajar akan bergilir untuk bawa pulang ke rumah dan merekodkan di dalam buku skrap aktiviti yang dibuat Bersama binatang tersebut. Makanan akan diletakkan Bersama-sama dengan cara-cara untuk menjaga binatang tersebut. Anak-anak memang suka dengan binatang. Tapi yang menjaganya ibunya juga..

5) Aktiviti kemasyarakan

Antara lawatan yang dibuat adalah melawat dan memberikan sumbangan kepada orang yang tidak berkemampuan. Ini dapat memberikan pendedahah kepada pelajar tentang sifat ihsan dan bantu-membantu. Aktiviti lain adalah lawatan ke pantai untuk membersihkn pantai.

6) Buku library

Pada setiap minggu, pelajar akan membawa pulang buku perpustakaan dan akan membaca Bersama-sama ibu atau bapa di rumah. Mereka kemudian boleh bercerita akan buku yang dibawa pulang Bersama-sama kawan di sekolah

Pengalaman Ramadhan di Singapura agak berbeza dari Malaysia.

 

Pertama yang paling unik adalah semua masjid di Singapura menjamu makanan berbuka untuk semua Jemaah yang hadir. Ini sangat menarik. Makanan yang dihidangkan biasanya dihidangkan di dalam talam. Makanan yang diberikan adalah dalam bentuk kurma dan kuih muih untuk tujuan berbuka puasa dan kemudian diikuti dengan nasi syang dipelbagaikan lauk dan menunya. Sesetengah masjid ada yang menampal menu Ramadhan untuk satu bulan. Ini sangat menarik.

1. Masjid mesra kanak-kanak

Ada masjid yang menyediakan khidmat Child Minding, iaitu khidmat menjaga kanak-kanak dari tahun 2 hingga 6 tahun. Namun ada sahaja masjid yang menerima kanak-kanak pelbagai umur. Penjaganya adalah dari golongan remaja perempuan yang tidak boleh solat ataupun mereka membuat giliran antara mereka untuk menjaga kanak-kanak ini. Antara aktivti yang dibuat adalah art and craft, mewarna, tayangan movie, sembahyang berjemaah dan bermain puzzle. Anak-anak sangat seronok. Tak sabar nak ke masjid, sebab nak berjumpa kawan untuk bermain. Takpelah harap-harap semangat nak ke masjid tu kekal sampai ke tua.

2. Ruang solat ibu dan anak

Biasanya masjid menyediakan ruang untuk kaum lelaki dan perempuan. Ada masjid di sini menyediakan ruangan untuk ibu dan anak. Tapi tempat ni memang gamat, budak-budak berlari. Ibu-ibu di sini biasanya dan biasa dan akan bawa bekal seperti kudapan dan mainan untuk anak mengisi masa ketika ibu bersolat. Malah ada anak-anak yang akan bersolat sekali. Bagi saya kita patut menggalakkan anak-anak ini untuk sembahyang bersama. Tiada isu sembahyang Jemaah tidak sah. Kalau tiang pun tidak membatalkan sembahyang Jemaah, bukan kanak-kanak yang suci tu boleh menganggu solat Jemaah. Jangan dimarah budak-budak yang membuat bermain ketika sembahyang Jemaah. Kita tidak tahu adakah sebab kita, budak itu tidak akan ke masjid lagi selepas itu.

3. Remaja banyak turun padang

Dari menghidangkan makanan, mengemas ruang makan, mengendalikan ruang parking kereta, memastikan kanak-kanak tidak bising/membuat kacau ketika solat, mengendalikan child minding, semuanya dilakukakan oleh kaum remaja. Memang sangat bagus. Nampak golongan remaja ini di asuh dengan baik.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Hati harus kental seperti batu. Pengalaman berPJJ selama 4 bulan

 Membesarkan 2 anak yang kecil bukanlah mudah. Penuh cabaran. Berbagai ragam. Saat berjauhan, Fateh baru memulakan sekolah pada umur 4 tahun dan Nuha baru sahaja berumur 1 tahun dan masih belum boleh berjalan. Saya bekerja dari pukul 8 pagi hingga 5 petang. Balik sekolah masih perlu menguruskan rumah, memasak, mengemas dan menguruskan 2 anak yang kecil. Penat memang penat. Anak-anak tanpa ayah, perangainya semacam meragam. Biasanya setiap kali balik kerja, saya akan cuba untuk bawa anak saya ke taman permainan memandangkan anak berada bersama pengasuh sehari suntuk. Walaupun pada hari biasa sebelum berjauhan, suami pulang dari kerja lewat malam, namun beliau banyak membantu dalam menguruskan anak-anak untuk tidur dan berjaga malam terutamnya bila anak sakit. Apa yang lebih payah adalah apabila hilangnya kawan untuk bersembang dan meluahkan kelelahan satu hari bekerja.

Suami saya akan pulang setiap hujung minggu menaiki bas dari Singapura ke Terminal Bas Tasik Selatan atau ke KL Sentral. Tempat tinggal kami di Puncak Alam amat jauh dari mana-mana bandar. Bandar terdekat Shah Alam tidak pula menawarkan perkhidmatan bas ekspress dari Singapura. Duit memang banyak yang habis. Untuk tambang bas, tambang teksi dari stesen bas ke rumah. Suami tidak mahu menyusahkan saya untuk menghantar ke stesen bas dengan 2 anak. Saya amat menghargai penat lelah suami pulang ke rumah. Badan dah rasa macam nak patah, tidur di dalam bas tidak lah selena mana. Semoga Allah membalas jasa suami tercinta.

Fateh yang baru berjinak-jinak ke tadika, Alhamdulillah cepat membiasakan diri. Nuha pula dihantar ke rumah pengasuh yang amat memahami dan membantu. Cuma bila di rumah, saya terpaksa uruskan semuanya sendiri. Masalah bila ada kerja pejabat yang perlu diselesaikan di rumah. Memang kalut dibuatnya.

Antara tips yang boleh digunakan oleh ibu-ibu yang berPJJ (Pasangan Jarak Jauh):

1. Beli peralatan yang memudahkan kerja-kerja rumah

Antara pelaburan yang saya rasa amat berbaloi adalah dengan membeli dryer. Memang menjimatkan masa dan tenaga. Kerja-kerja menyidai amatlah memakan masa terutamnaya bila ada anak kecil, baju-bajunya juga kecil dan renyah untuk diuruskan. Perlu dibasuh, disidai, diangkat dari jemuran dan juga dilipat untuk dibawa ke rumah pengasuh. Dengan adanya dryer, ibu-ibu tak perlu risau lagi sekiranya baju tidak kering akibat musim hujan mahupun tidak sempat untuk menguruskan baju. Hanya tinggalkan di dalam mesin basuh sebelum tidur, esok baju sudah siap untuk dipakai. Satu lagi pelaburan yang berbaloi-baloi ialah seterika yang tengah famous sekarang tu, jenama yang steam, ringan dan amat meyenangkan kerja-kerja menyerika baju. Almaklumlah baju kerja kena iron tiap-tiap hari, boleh basah ketiak juga untuk iron baju seminggu sekali.

2. Pastikan perut ibu penuh bila ibu pulang dari kerja.

Perut yang lapar, ditambah dengan keadaan yang penat selepas pulang dari kerja boleh membuatkan si ibu naik darah sekiranya anak-anak tidak mendengar kata dan meragam. Lebih elok jika ibu dapat menghayati masa makan tersebut bagi menstabilkan emosi dan menghilangkan Lelah di badan. Pulang lebih awal dan pastikan makan malan dahulu sebelum pulang mengambil anak-anak. Bila perut kenyang, hati pun senang.

3. Masa sendiri

Di hujung minggu, sebolehnya berbincang dengan suami untuk memperuntukkan masa sendiri sama ada untuk shopping ataupun ke spa untuk memanjakan diri. Tapi pastikan si suami sudah pun melepaskan Lelah setelah penat berulang alik dari tempat kerja dan rumah. Perjalanan yang jauh pastinya memenatkan kerana tempat tidur yang tidak selesa, kurang tidur dan pastinya perjalanan dari Singapura ke Malaysia lebih memnatkan memandangkan perlu melalui 2 imegresen.  Matlamatnya, masa sendiri memberikan rasa kebahagian dan recharge energy untuk si ibu

Tips bercuti cruise

Berhijrah ke SINGAPURA

 


Pengalaman hidup amatlah berharga. Apa yang membuatkan kehidupan kita berbeza adalah bagaimana cara kita berhadapan dengan sesuatu perkara. Lain orang lain gayanya. Saya teringat perbualan saya dengan seorang pakcik di Terminal Bersepadu Selatan, Bandar Tasik Selatan. Saya sampai agak awal, lebih kurang pukul 5 pagi. Mata masih mengantuk, kepala masih mamai, saya mencari tempat duduk sementara menunggu adik saya sampai. Saya duduk di sebelah seorang pakcik dalam linkungan 60 tahun, nampak gaya macam orang luar, bangsa Sikh lagaknya. Dia memulakan perbualan, tanya dari mana. Saya jawab dari Singapura, balik ada kerja di Kuala Lumpur. Dia agak terperanjat, mungkin menjangkakan jawapan dari negeri di Tanah air. Taiping, Kota Bharu, Temerloh. Tapi bukan. Saya pula seorang diri, jadi mungkin lebih aneh jadinya. Saya pun membuka cerita tentang kisah mengikut suami bekerja, maka saya cuti tanpa gaji. Beliau lagi terperanjat. Katanya berapa banyak wang gaji yang tidak dapat dikumpulkan sepanjang cuti tanpa gaji. Mungki sampai berpuluh, hatta beratus ribu. Saya terdiam dan tersenyum. Kebetulan adik saya sudah sampai untuk menghantar saya ke rumah umi abi di Putrajaya.

Bagi seorang lelaki, memang tugas ketua keluarga untuk mencari nafkah untuk keluarga. Maka sumber kewangan dianggap benda yang sangat penting untuk mereka. Saya ada anak-anak yang perlukan ayah mereka. Pengalaman tinggal berjauhan selama beberapa bulan, saya membuat keputusan untuk ikut dan tinggal sebumbung. Menjaga anak sendiri, lagak gaya dah macam rumah di langar garuda gayaknya. Tidak terurus! Anak-anak sering dijadikan tempat melepaskan kemarahan akibat kepenatan. Biarlah wang ringgit ditinggalkan demi kepentingan anak-anak.

Makanan sedap di Singapura

 

Makanan di Singapura mendapat pengaruh dari pelbagai bangsa yang sudahpun menjadi penduduk tetap di sini. Dahulu kala, pedagang dari Arab dan India datang berdagang dan menjadi agen menyebar luas agama Islam. Makan tak heranlah kedai India Muslim ataupun dikenali sebagai mama (maksudnya adalah pakcik) boleh dilihat di merata tempat. Nasi briani merupakan hidangan yang dinanti ramai orang. Terdapat banyak makanan yang sedap dan popular di Singapura. Antaranya seperti sup daging merah, murtabak zam zam dan air tebu. Berikut merupakan makanan yang saya amat gemar dan syorkan untuk cuba di Singapura.

1. Nasi Rawan

Nasi ini ada sambal macam nasi lemak, tapi nasinya tak berlemak pun. Ada unsur-unsur dari Indonesia, kerana hidangan ini disertakan dengan tempe goreng. Selain itu ada juga disertakan paru goreng, sambal sotong dan bergedil. Memang sangat sedap. Rahsinya pada sambal serta kuah kicap yang diletakkan buah XXX. Biasanya hidangan ini dijual di foodcourt dan ianya halal kerana dijual oleh peniaga Melayu Muslim. Harganya dalam $6-$7. Portion besar, cukup untuk makan 2 orang atau 2 kali makan baru habis.

2. Chee Tng

Ini adalah sejenis air minuman yang mirip lai ci kang. Namun, isi kandungannya lebih meriah dan lebih ringan rasanya, amar sesuai untuk mengilangkan dahaga. Minuman ini juga amat berkhasiat kerana mengandungi kekacang, biji teratai, kembang sekuntum, dan buah-buahan seperi laici atau longan. Harganya dalam $1.5-$2.

3. Mee rebus

Mee rebus di Singapura asasnya adalah daging bukan udang. Jadi rasanya lebih mendalam dan rich. Sangat sedap dilengkapi dengan bahan-bahan lain seperti tauge daun bawang, tauhu. Kalau mahukan kelainan, cubalah dengan satay. Memang tak boleh dilupakan rasanya. Satay di sini sangat juicy, gemuk dan penuh rasa. Harga mee rebus dalam $3, sekali 2 batang satay $4

4. Laksa

Laksa Singapura berlemak, agak sama dengan laksa Kelantan namun tidaklah begitu bersantan. Biasanya dihidang dengan makanan laut seperti udang, sotong dan tiram. Ada rasa sedikit kari. Saya kurang arif dengan bahan-bahannya tapi tidak pedas dan tidakalh begitu memuakkan. Lain sekali dari laksa di Malaysia. Harganya dalam $5.

Jika ditanya dengan hidangan yang terkenal di kalangan pengunjung ke Singapura seperti sup daging merah, rasanya memang sedap, namun ada yang lebih sedap. Murtabak zam zam kaya dengan daging, namun agak kering berbanding murtabak Malaysia. Yong Tau Fu di sini lebih kepada sup dan kuah masam manis. Tekak melayu lebih gemarkan kuah hitam pekat yang pedas manis rasanya.

Tips o USS


Universal Studio Singapura (USS) amat terkenal di kalangan pelancong asing. Setiap hari, tempat ini memang padat dengan orang. Saya sudah ke sini lebih kurang 5 kali memandangkan kami memiliki Annual Pass. Berikut merupakan antara tips yang kami boleh kongsikan untuk mereka yang ingin berkunjung ke USS Bersama kelurag terutamanya yang mempunyai anak kecil.

1. Bawa stroller

2. Bawa botol air.

3. Surau disediakan

4. Makanan halal disediakan

5. Pergi awal pagi atau boeh memilih untuk ke night entrance untuk melihat bunga api

Pelbagai jenis kaum di Singapura

 

Kaum Cina

Bangsa cina adalah kaum yang teramai. Meliput XXX daripada keseluruhan penduduk di sini. Di mana sahaja mereka menguasai dari kedai makan dan tempat orang ramai. Namun jika dilihat dari segi tempat beribadat, tokong budha tidaklag terlampau banyak. Gereja lebih dominan, dengan banyak sekolah aliran Kristian yang dapat dikesan, seperi St. Peter School .

Melayu

Bangsa Melayu hanyalah lebih kurang 13-15% daripada keseluruhan penduduk. Kebanyakan tinggal Bersama-sama bangsa yang lain. Di setiap HDB, terdapat peruntukna bangi setiap kaum. Tidak dibolehkan untuk satu-satu kaum sahaja untuk tinggal di dalam satu bangunan. Contohnya 70% cina, 15% melayu,15% lain-lain.

Eurosian

Banyak perkahwinan campur di sini antara penduduk tempatan dan kaum luar (mat saleh). Ini melahirkan bangsa Eurosian yang telah menjadi warganegara Singapura,

Tamil Muslim (Mamak)

Mamak menambahkan kepada bilangan umat Islam di sini. Kebanjiran kedai mamak, yang dipanggil mama di sini (berasal dari perkataan India yang bermaksud pakcik). Namun, mereka merupakan peniaga yang amat Berjaya, dari segi perniagaan makanana, karpet, pengurup wang dan kedai runcit. Mereka banyak menyumbangkan kepada pembangunan masjid-masjid di sekitar Singapura dalam bentuk wang dana dan makanan pada setiap keraian.

India

Kaum India amat sedikit. Jarang sekali boleh nampak. Namun kebanyakan mereka agak berada, tinggal di rumah atas tanah (landed) dan mempunyai kereta mewah. Pasti kerjanya amat bagus.

Boyan

Kaum boyan merupakan melayu asal Singapura. Mereka banyak sangkut paut dengan orang pantai barat Malaysia terutamanya Melaka da Johor). Senang aje nak tahu macam mana orang boyan ni. Tinggi, kulit agak gelap dan rambutnya Panjang bagi orang lelaki.

 

 

 

 

 

 

 

 

Kemudahan perpustakaan yang hebat di Singapura

 

1) Konsep boleh pinjam di mana-mana dan pulang di mana-mana

Rasanya ini memang dah biasa, terutamanya yang tinggal di Putrajaya. Kan ada banyak perpustakaan, presint 16, presint 8,9. Seronok kan macam tu. Takdelah kita terbatas kena pergi satu perpustakaan sahaja. Satu lagi, majalah pun boleh pinjam tau, walaupun edisi yang terbaru. Seronok sangat memang sangat jimat duit.

2) Boleh reserve buku dengan kos minima

Kalau kita sedang mencari sesebuah buku, dan buku itu sama ada sedang dipinjam atau tidak terdapat di perpustakaan yang kita lawati, boleh sahaja kita reserve denga kos $1.55 dan kemudian boleh pilih perpustakaan yang mana kita hendak kutio buku tersebut. Mudah kan.

3)Perpustakann di Shopping Complex

Ada beberapa perpustakaan di Singapore yang berada di dalam atau berdekatan shopping complex. Contohnya seperti di NEX, di Punggol dan di Raffles Street. Kalau tidak pun, perpustakaan tersebut berada di dalam Kawasan Pusat Komuniti yang juga dilengakapi dengan kemudahan-kemudahan lain seperti Pusat Sukan, Poliklinik, kedai makan, dewan orang ramai, pasaraya dan aktivit-aktiviti masyarakat seperti kempen dan pertandingan. Contohnya di Heartbeat Bedok dan di Our Tampiness Hub. Jadi bolehlah kita jalan-jalan selepas penat belajar atau membuat kerja di perpustakaan.

4) Perkidmatan aplikasi mobil yang canggih

Boleh pinjam melalui telefon bimbit atau memperbaharui pinjam, senang kan. Malah ada macam-macam lagi kemudahan melaui aplikasi ini seperti mencari buku, membayar denda dan meminjam e-book.